Saya tidak
pernah sesekali memikirkan forex ini sebagai permainan malah ia adalah satu perniagaan yang perlu
mempunyai strategi dan pelan tindakan
yang sangat sangat rapi. Oleh itu kita perlu merenung seketika apa kah yang
sedang kita lakukan.
Adakah telah
menepati kesemua ciri-ciri untuk kita menjadi seorang trader yang berjaya suatu
hari nanti?
Adakah kita
sudah mempunyai pengetahuan dan ilmu forex dari sumber yang sewajarnya?
Ada yang
beranggapan ianya boleh didapati hanya melalui internet, saya tidak menyangkal
tapi ia hanya sebahagian kecilnya sahaja. Sekiranya benar tanggapan itu maka
mudahlah untuk sesorang yang ingin menjadi doktor dan sebagainya dengan hanya
melayari internet dan mendapatkan segalanya disitu. Perlu kita ingat mengapa kita
menceburi dunia forex?
Rata-rata
beranggapan ia mempunyai satu level pendapatan yang jauh lebih tinggi dari apa
yang kita perolehi sekarang ini. Itulah sebabnya bank bank menjadikan forex
sebagai salah satu sumber keuntungan. Sekiranya ini benar, kita perlu bersikap
adil pada diri sendiri untuk memperuntukkan sedikit masa tapi pastinya ia
tidaklah selama kita berada dialam persekolahan dahulu dan untuk kita beroleh
kejayaan perlulah kita melakukan perkara yang sewajarnya
Mengapa
terjadi nya golongan 97%?. Golongan inilah yang beranggapan forex ini terlalu
mudah sehingga mereka lupa mengenai proses. Iaitu proses untuk kita menjadi
seorang trader dalam erti kata yang sebenar. Mereka suka untuk mengambil jalan
singkat dan mudah dan tidak sanggup berkorban untuk kebaikan malah lebih suka
mengorbankan wang ringgit mereka hanya untuk memenuhi kemahuan mereka untuk
trading setiap kali membuka laptop dan akhirnya kecundang. Setiap kali ini
berlaku mereka bertekad untuk mencuba lagi dan seterus nya berlaku perkara yang
sama.
Kemampuan
kita menahan perasaan dan dapat melihat peluang yang sebenar perlu melalui
proses pembentukan yang ia nya tidak akan terjadi dalam sekelip mata. Tetapi
setelah anda memiliki , kita tidak akan gusar lagi dengan apa yang akan berlaku
pada pasaran. Kerana kita berada ditahap yang sama sepertimana mereka yang
telah berjaya.
Kemampuan
kita menganalisa secara sendirian, mengatur strategi dan mempunyai plan
tindakan, inilah yang akan meyakinkan kita. Didalam forex kita banyak berlegar
pada soal keyakinan.. Bagi saya percaya dan yakin adalah dua yang berbeza,
percaya tanpa yakin (tindakan) tidak akan mendatangkan apa apa dalam forex
sebaliknya percaya yang berdasarkan fakta disusuli dengan tindakan ini lah yang
dilakukan oleh mereka yang berjaya.
Kesimpulannya
untuk anda berjaya dalam forex anda mestilah mampu untuk berfikir sepertimana
golongan kecil berfikir 3%. Sekiranya anda mampu berfikiran sebegitu dengan
melakukan strategi,tindakan langkah langkah dan keputusan yang menjurus kepada
seorang trader yang professional maka
keuntungan itu akan datang dengan sendirinya..