Jadi,
bagaimana anda ingin bermula untuk mempunyai pemikiran seperti mana
trader forex professional dan sekaligus meletakkan diri anda di kalangan
trader forex yang berjaya? Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan
tips-tips di dalam artikel ini.
1. Jangan jadikan aktiviti trading forex suatu perkara yang merumitkan.
Langkah
pertama yang perlu anda lakukan untuk mempunyai perspektif seperti
trader forex professional adalah membuang semua indikator-indikator atau
robot-robot yang telah membuatkan chart forex anda kelihatan semak dan
serabut. Perkara ini tidak pernah gagal untuk mengejutkan saya apabila
ramai di kalangan trader forex yang baru tidak ingin membuang indikator
forex dan robot forex yang mereka gunakan.
Sebenarnya,
benda-benda ini adalah benda yang tidak perlu untuk menghasilkan
keuntungan yang konsisten dalam trading forex. Malah benda-benda ini
yang akan membuatkan anda ragu-ragu di dalam trading anda dan sentiasa
akan membawa anda ke arah keputusan yang salah ketika dalam trading.
Membuatkan
trading forex sesuatu yang rumit merupakan salah satu kesilapan besar
yang sering dilakukan oleh trader forex yang baru. Secara jujurnya,
proses untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten melalui forex
bukanlah sesuatu perkara yang mudah, jadi jangan jadikan proses ini
semakin sukar dengan kehadiran indikator dan robot yang tidak efektif
didalam trading anda.
Ianya lebih
dari memadai jika anda telah tetapkan beberapa syarat dan strategi dalam
trading forex. Saya percaya, jika anda sudah dapat biasakan diri dengan
syarat dan strategi yang anda tetapkan, anda akan terasa betapa
mengarutnya indikator dan robot yang sebelum ini telah menghantui anda
dalam trading forex.
Tidak
ada sebab anda luangkan masa anda untuk risaukan tentang news dan
fundamental ketika trading forex. Saya akui, news dan fundamental adalah
penggerak harga pasaran forex tetapi ianya lebih mudah dan efisien jika
anda belajar untuk trading mengikut strategi yang telah anda tetapkan
berbanding mencuba untuk trading mengikut news.
Kebanyakan
trader forex yang berjaya memilih untuk trading forex dengan
menggunakan strategi teknikal yang mudah dan tidak risaukan tentang news
yang bakal diumumkan. Ini adalah kerana, apa jua news tentang forex
yang bakal diumumkan akan mengikut fakta yang dipaparkan di chart forex
anda. Harga pasaran forex yang dipaparkan di chart forex anda adalah
keputusan akhir daripada news yang diumumkan.
Jadi,
jika anda ingin mempunyai pemikiran seperti trader forex yang
professional, luangkan lebih masa untuk belajar strategi trading forex
secara teknikal daripada risaukan tentang news forex yang bakal
diumumkan.
Sebenarnya
kebanyakan trader forex yang baru telah meletakkan diri mereka dalam
keadaan beremosi dalam trading dengan melakukan dua perkara asas dalam
trading dengan cara yang salah.
Pertama
sekali, mereka tidak menguruskan money management dengan baik dan
betul. Ini bermakna, mereka meletakkan jumlah risiko dalam trading yang
tinggi, tidak mengambil keuntungan ketika mereka patut ambil dan tidak
menerima kerugian ketika position itu dalam nilai negatif.
Trader
forex yang professional sentiasa sedia maklum yang money management
yang betul akan mengelakkan emosi mereka daripada terlibat didalam
trading forex. Jadi, anda perlu jadikan money management yang betul satu
tabiat dalam trading untuk mengelakkan anda menjadi salah seorang
trader yang beremosi didalam trading.
Perkara
yang kedua ialah terlalu kerap memasuki post ketika trading. Apa yang
perlu anda sedar adalah, dengan mempunyai banyak trade tidak akan
membantu anda untuk mencapai matlamat trading anda. Kebanyakan trader
forex yang baru akan terkejut dengan berapa kerap trader forex
professional trade, kerana kekerapannya sangat jarang.