Pelawat Blog

Strategi Berniaga Unik Orang Cina Dibongkar


Anda biasa mendengar orang cina bermuafakat dan boleh berniaga benda yang sama sebelah menyebelah. Mereka tidak berdengki antara satu sama lain. Benarkah begitu? Satu perkara yang harus kita sematkan difikiran kita bahawa bangsa ini hidup berniaga ratusan tahun. Hakikatnya berniaga benda yang sama sebelah-menyebelah adalah persaingan. Mereka juga menerima perkara itu sebagai teori yang sama. Tapi mengapa masih mereka ini mampu berniaga sebelah-menyebelah?

Susah Satu Senang Banyak

Masalah yang paling utama dilihat dalam perniagaan adalah pemasaran. Ia adalah peraturan utama dalam mempastikan survival sesebuah perniagaan iaitu mempastikan pelanggan sentiasa ada. Mempastikan pelanggan sentiasa ada bermaksud mempastikan pelanggan sentiasa datang. Mempastikan pelanggan sentiasa datang bermaksud pelanggan sentiasa ingat untuk datang.

Untuk mempastikan pelanggan sentiasa ingat untuk datang, maka hendaklah dipastikan pelanggan mempunyai sebab yang kukuh untuk datang. Apakah sebab yang kukuh untuk menarik perhatian pelanggan datang? Dalam konsep yang bakal saya terangkan ini ia merujuk kepada menarik perhatian pelanggan datang atas sebab mereka mempunyai banyak pilihan. Anda pasti masih keliru dan tertanya-tanya bukan? Teruskan bacaan....

Pemasaran Mulut Ke Mulut

Teknik pemasaran ini adalah yang terbaik dari segala teknik. Kerana itu ia menjadi asas utama dalam perniagaan jaringan (network business). Ini adalah kerana cakap dan saranan daripada kawan atau kenalan lebih bersifat nasihat (consulting) berbanding mesej melalui iklan yang bersifat memujuk.

Kerana itu teknik ini dilihat lebih berkesan dan murah dalam jangka panjang. Konsepnya mudah iaitu mempastikan orang tidak rasa segan atau takut-takut untuk bercerita kepada rakan-rakan mereka. Mereka akan berasa seronok untuk bercerita tentang sesuatu kerana pada mereka ia seperti satu pertolongan. Namun bagaimanakah perkaitan perkara ini dengan konsep berniaga sebelah-menyebelah oleh orang cina?

Membentuk Persepsi Mega

Persepsi adalah perkara yang mudah terserap ke dalam hati seseorang melalui pancaindera. Sama ada melalui mata, mulut dan telinga. Konsep teknik ini ialah mempastikan orang ramai melihatnya sebagai satu entiti mega yang memberi banyak pilihan. Biar saya berikan contoh.

Apabila anda mahu membeli barangan runcit, anda pasti lebih teruja untuk pergi ke tempat yang banyak pilihan dan berharga murah. Jawapannya apa yang bermain difikiran anda masakini ialah pasaraya mega seperti Mydin, Tesco, Giant dan sebagainya. Konsep ini juga yang digunakan peniaga cina yang menjual benda yang sama sebelah-menyebelah.

Konsep Perniagaan Berpusat

Sebuah kedai menjual kain mungkin ada 50 jenis kain. Cuba anda bayangkan apa persepsi anda bagi sebuah tempat yang 50 buah kedai menjual kain? Secara amnya anda terus terfikir betapa banyaknya pilihan anda disana. Benar atau tidak?

Kemudian anda terfikir sekiranya anda pergi ke sebuah kedai yang menjual kain dan tidak berjumpa harga yang bersesuaian, anda harus memandu atau mengeluarkan lagi kos petrol untuk mencari kedai lain. Di situ anda rugi bukan? Jadi sudah pasti pilihan anda ialah tempat perniagaan yang mempunyai banyak pilihan dan peluang anda mencari harga yang paling murah.

Pusat Perniagaan Sedia Ada Di Malaysia

Terdapat pusat perniagaan seperti ini di Malaysia sama ada diaturkan oleh kerajaan ataupun oleh pakatan peniaga itu sendiri. Saya lebih suka memberi contoh dimana pusat yang diatur oleh peniaga sendiri kerana ini membuktikan mereka bersepakat dan menerima konsep ini.

Apabila anda bercerita tentang lanskap, apakah tempat yang sering manis dibibir banyak orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Jawapannya ialah sungai Buloh. Di Sungai Buloh terbaris puluhan kedai yang menjual produk lanskap dari pokok hinggalah ke pasu bunga. Saya sendiri pernah bertanya 10 orang rakan di Kuala Lumpur secara santai dan 9 orang daripada mereka menyarankan Sungai Buloh.

Pemasaran Bermula Dari Rumah Bakal Pelanggan

Menarik perhatian pelanggan haruslah bermula daripada rumah mereka. Ini adalah penting supaya apabila mereka memegang kunci kereta, hati mereka sudah teringat untuk memandu ke tempat anda.

Seperti saya katakan tadi, apabila dari 10 orang yang ditanya 9 daripadanya berkata Sungai Buloh. Maka 9 orang ini akan memandu ke Sungai Buloh. Peniaga di Sungai Buloh sudah mempunyai 9 orang prospek. Sementara peniaga lanskap di tempat lain hanya ada satu.

20 kedai lanskap di Sungai Buloh mempunyai 9 orang prospek tetapi 20 buah kedai merata tempat hanya mempunyai 1 orang prospek sahaja. Bukankah ini satu penjimatan kos pemasaran?

Orang Melayu Jangan Berdengki Tetapi Memanfaatkan Kaedah Ini

Saya pernah menjadi mangsa hasad dengki orang melayu sewaktu menjalankan perniagaan restoran. Sungguhpun restoran saya berjauhan dari kelompok restoran melayu lain, namun saya tidak terlepas daripada terkena ilmu hitam yang merosakkan perniagaan dari masa ke semasa hinggakan pernah memberi kesan kepada kesihatan.

Ke manakah akhirnya budaya ini? Andai ada 10 restoran melayu berdekatan, pelanggan sebenarnya lebih suka pergi ke sana. Tetapi apabila tinggal 1 sahaja, adakah mereka ini fikir bahawa semua pelanggan akan menjadi milik mereka? Mereka silap sama sekali. Sudahnya 1 restoran yang tinggal ini mungkin akan gulung tikar juga.

Jangan takut untuk berniaga berdekatan. Anda hakikatnya membentuk satu tempat perniagaan berpusat yang mampu menarik perhatian pelanggan. Peniaga keropok lekor di Terengganu telah membuktikannya. Begitu juga beberapa tempat yang sering mencetus minat pelanggan untuk ke sana.

Pelanggan mahukan pilihan dan harga. Beri mereka apa yang mereka mahu. Jangan habiskan wang anda menambah dosa hasad dengki dan juga secara tidak sedar meruntuhkan prospek. Selamat maju jaya.

Fakta Kira-Kira Logik

Sebuah perniagaan bukan perihal dua atau tiga ratus ringgit. Bayangkan berapa ramai orang cina yang hidup berniaga. Cukupkah duit tabung ini untuk membantu pembiayaan perniagaan semua orang-orang mereka?

Cina pun orang biasa macam kita. Mereka ada sifat kasih sayang, dengki, tamak dan tolong-menolong. Bezanya cuma bangsa mereka hidup dalam budaya berniaga sejak sekian lama. Itulah yang menjadikan bangsa ini mampu membentuk formula untuk bangsa secara praktikal.

Jadi kalau dikatakan semua orang cina dapat bantuan daripada persatuan untuk berniaga, itu satu tanggapan yang salah. Jadi jangan katakan orang cina boleh maju sebab bangsa mereka menolong segalanya. Hakikatnya ramai daripada mereka berusaha sendiri dan membentuk usahasama dalam kumpulan kecil berdasarkan formula-formula realistik dan praktikal yang dibudayakan.

Strategi Permodalan Dan Kerja Berkumpulan

Sebenarnya orang cina hidup dengan kaedah pengiraan dan perkiraan yang baik. Benar ada perniagaan orang cina yang bergerak dan dibantu dalam kumpulan namun ia bukan berkisar cerita tolong-menolong atas dasar bangsa semata-mata tetapi konsep memanfaatkan kumpulan tertentu serta membentuk organisasi yang praktikal. Anda masih keliru dan tidak faham? Teruskan bacaan ...

Orang cina tahu dalam perniagaan perlu ada modal, pengurus, pekerja dan berbagai lagi skop untuk menjadikan satu usaha itu berjaya. Dengan itu mereka membentuk persefahaman dan kerjasama dengan memanfaatkan individu yang mempunyai kelebihan-kelebihan dalam kumpulan tersebut.

Contohnya seorang yang berduit menjadi pemodal. Seorang yang berpengalaman mengurus dijadikan ketua projek. Seorang yang mahir dalam pemasaran diambil menjadi agen atau pemasar. Kesemua mereka ini dikumpul dan membentuk satu organisasi profesional dan fokus pada skop masing-masing. Sudahnya mereka mengurangkan banyak masalah berbanding sebuah syarikat yang terpaksa menghadapi masalah pekerja. Dalam konsep cina ini, mereka tiada pekerja dan semuanya tauke. Semua akan mendapat keuntungan dengan bekerja lebih kuat. Jadi amat sukar melihat mereka yang malas.

Benarkah Konsep Ini Berfungsi?

Biar saya menunjukkan satu ilustrasi tanpa merujuk kepada kumpulan tertentu. Sila perhatikan betul-betul ilutrasi di bawah

A – pemodal

B - pengurus

C – pemasar

Konsep 1

Katakan sebuah komputer bernilai RM500 dari kilang.

A – Pemodal menjual RM650 kepada pengurus dan untung RM150. Urusan pemodal bermula dari kilang hingga kepada pengurus sahaja.

B – Pengurus mengeluarkan modal yang lebih kecil untuk stor penyimpanan, mengurus stok, mengurus peniaga kecil. Dia menjual kepada pemasar RM 1000 dan beruntung RM350. Urusan pengurus hanya daripada pemodal hingga kepada pemasar sahaja.

C – Pemasar kemudian menjual barangan pada harga RM1800 dan beruntung RM800.

Nota: Dalam konsep ini semua orang mengeluarkan modal.

Konsep 2

Katakan Pemodal mengeluarkan semua modal RM20 juta. Sebuah komputer bernilai RM500 dari kilang.

A – Pemodal menggaji pengurus untuk kerja pengurusan stok dan mengurus peniaga kecil. Pemodal menyewa kedai dan menjemput peniaga datang berniaga tanpa modal. Pemodal menetapkan harga komputer kepada pemasar ialah RM1500. Ia bermaksud, segalanya disediakan oleh pemodal.

B – Pemasar datang bekerja tanpa gaji. Semua barangan dikedai adalah milik pemodal dan pendapatan mereka berdasarkan jualan. Jadi sekiranya dijual komputer pada harga RM1800, maka bagi setiap komputer, mereka beruntung RM300.

Nota Dalam konsep ini hanya pemodal yang mengeluarkan modal.

Bagaimana Ia Dibentuk Dan Membentuk?

Ada beberapa konsep lagi yang digunapakai untuk perniagaan yang serupa di atas melibatkan pemodal, pengurus dan pemasar. Secara amnya ia banyak merujuk kepada 'win win situation'. Pucuk pangkal disini semua orang memahami keadaan diri masing-masing untuk berada dan mmebuat perjanjian yang terbaik. Dua perkara asas yang dilihat disini bagi setiap mereka dalam membuat perjanjian;

1. Mempunyai wang

2. Mempunyai tenaga dan kemahiran

Sekiranya seseorang mempunyai wang dan tenaga, maka lebih keuntungan yang diperoleh. Sekiranya tiada wang sebagai modal tetapi mempunyai tenaga, maka keuntungan itu lebih sedikit. Orang cina mempunyai kefahaman yang jelas tentang perkara ini. Ia menjadi kayu pengukur yang jelas untuk tidak membuang masa dan memudahkan pembentukan kumpulan.

Konsep Guan Xi

Ini adalah idea yang paling utama dalam budaya cina dan dibawa kedalam perniagaan. Guan Xi secara bahasa bermaksud perhubungan. Didalam perniagaan ia merujuk kepada hubungan dan perhubungan.

Dalam konsep Guanxi, perlunya ada hubungan dan tidak boleh bergerak seorang diri. Ini adalah perkara yang realistik. Tidak akan mungkin seorang peniaga itu hidup atau memonopoli perniagaan seorang diri. Sekiranya mereka berbuat demikian, maka peniaga lain itu tidak lain dan tidak bukan telah menjadi musuh. Membentuk hubungan adalah satu perkara mulia dan praktikal dalam perniagaan. Ia tidak semestinya satu hubungan perniagaan tetapi membentuk hubungan yang baik contohnya seperti Gei Mian Zi atau memberi muka.

Perhubungan pula banyak merujuk kepada hubungan perniagaan. Sekiranya perlu dan boleh, maka perhubungan ini adalah lebih baik diwujudkan.

Oleh yang demikian, hubungan bermaksud hubungan sesama manusia, manakala perhubungan ialah hubungan perniagaan. Guanxi menjadi budaya orang cina yang bukan sahaja diamalkan dalam perniagaan tetapi jua dalam kehidupan. Cuma didalam perniagaan, ia menjadikan perniagaan orang cina seluruh dunia amat unik khususnya dalam pembentukan kumpulan perniagaan.

Kesimpulannya, bekerjasama dan memperkayakan usaha secara berkumpulan merupakan satu rahsia utama kejayaan orang cina sejak zaman-berzaman.

SELAMAT HARI POLIS KE 204


Hari ini 25 Mac adalah hari ulang tahun Polis Diraja Malaysia PDRM yang ke 204 .
tahniah kepada semua warga PDRM. Integritinya membuatkan Malaysia berada pada kedudukan ke - 22 dari 149 buah negara di dunia paling selamat dan tempat ke -4 di Asia..
tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dana Belia 1Malaysia RM 20 Juta - Peluang Belia Tonjol Kreativiti


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta sebagai satu pencetus membuka ruang kepada golongan belia menggunakan kreativiti untuk membawa manfaat kepada masyarakat.

"Ini supaya (kita) tidak mengehadkan kreativiti yang mereka ada, dengan kebolehan untuk berfikir secara kreatif, memberikan idea yang bernas dalam konteks membangunkan negara dan nilai-nilai bersama berkongsi kejayaan dan bukannya untuk kepentingan diri," katanya.

Berucap ketika melancarkan dana itu di sini hari ini, beliau mengajak golongan belia agar berfikir secara kreatif, inovatif dan menggunakan sebarang imaginasi mereka ke tahap paling maksimum dalam usaha menghasilkan apa juga yang bermanfaat kepada komuniti setempat.

Beliau berkata dengan cabaran yang dilontarkan kepada belia untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, mereka bakal teruja seterusnya
berkemungkinan mempunyai cadangan yang sebelum ini mungkin di luar kotak pemikiran mereka atau di luar jangkau sebelum ini.

Katanya dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia.

Untuk membangunkan sesebuah negara, Najib berkata penyertaan golongan belia sangat penting kerana mereka yang bakal menjadi pemimpin negara kelak.

Najib berkata dana yang dicetus hasil idea Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) memberi pendekatan baru bukan dari "atas ke bawah" tetapi dengan cara memberi belia ruang seluasnya dengan idea yang mereka ada.

Perdana Menteri berkata dana daripada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) juga menggunakan pendekatan tidak konvensional tetapi ia amat sesuai untuk menjayakan tujuan dana diwujudkan.

"Saya juga masih terbuka dengan idea untuk mendekatkan diri dengan golongan belia dan percaya bahawa dengan menghargai, (ia dapat) memperkasakan golongan ini untuk masa depan," katanya.

Beliau berkata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin akan bertindak sebagai ketua panel bagi menimbangkan sebarang cadangan yang dikemukakan sebelum dikemukakan kepadanya untuk mendapatkan kelulusan.

Antara contoh cadangan yang boleh dikemukakan ialah seperti membabitkan alam sekitar, bantuan kepada golongan miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ia termasuk cadangan daripada aspek kreatif seperti drama asalkan dalam lingkungan yang mampu dibantu oleh dana berkenaan, katanya.
Najib berkata dengan kerjasama syarikat Media Prima, satu rancangan realiti TV akan diwujudkan bagi belia menyertainya dan sama ada cadangan itu diterima atau tidak ia akan dinilai oleh hakim program berkenaan.

Dana Belia 1Malaysia untuk golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun itu merupakan satu cara bagi memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Cadangan projek atau program yang diadakan perlu berteraskan perpaduan, mempunyai kesan berganda terhadap penduduk yang diketuai oleh golongan belia.

KONGSI - LU LANGSI, LU MATI

Salah satu Movie Yang Aku Tak Sabar Nak Tgk !!! apa2 pun nilah skit sinopsis dia tentang filem Kongsi ni............

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


FILEM Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) merupakan filem tempatan yang paling mahal kos penerbitannya iaitu mencecah RM8 juta dan ketiga termahal selepas Puteri Gunung Ledang (RM20 juta) dan Hanyut (RM11 juta).

HMM juga bukan setakat menjadi filem terbitan KRU Studios Sdn. Bhd. yang termahal kos pembikinannya tetapi ia turut mencatatkan kejayaan yang membanggakan apabila ia akan diedarkan di 72 buah negara.

Malah, Penerbit KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, dia bercadang mahu mempertandingkan filem itu di Academy Awards, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.

“Dengan kualiti dan jalan cerita HMM yang berdasarkan epik kerajaan Melayu pertama di Langkasuka, saya yakin filem ini mampu pergi jauh bukan sahaja ditayangkan di luar negara tetapi juga dipertandingkan di Academy Awards.

“Justeru saya bercadang untuk mempertandingkan HMM di Academy Awards pada tahun depan. Kalau boleh biarlah HMM disenaraikan dalam kategori filem-filem luar dan ditayangkan pada festival tersebut.

“Ini kerana, sebelum ini filem Puteri Gunung Ledang pernah dicalonkan dalam Top 50 filem-filem dari luar AS,” katanya sewaktu ditemui selepas pratonton HMM di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Perancangan itu mampu menambahkan lagi pencapaian HMM yang mencatat sejarah perfileman tanah air apabila ia akan ditayangkan di 72 negara seperti AS, Jerman, Eropah, United Kingdom, Russia, Kanada, China dan Australia.

HMM yang mula ditayangkan mulai 10 Mac lalu turut membanggakan Norman apabila pada hari pertama tayangannya di 67 pawagam seluruh negara termasuk dua di Brunei mengutip kutipan tiket RM500,000.

Menurut anggota kumpulan trio KRU ini, rekod yang dicapai melalui HMM lebih bagus berbanding filem-filem KRU Studios yang pernah diterbitkan sebelum ini terutamanya daripada segi kutipan tiket hari pertama ia ditayangkan di pawagam.

“Sebelum ini, filem Cicak-Man 2 mencatatkan filem KRU Studios yang paling banyak mengutip kutipan tiket hari pertama tayangannya iaitu RM300,000.

“Malah, saya jangkakan HMM juga akan mencapai kutipan tiket RM2 juta sehingga Ahad (semalam). Secara keseluruhan pula saya jangkakan filem ini mampu mengutip kutipan tiket sehingga RM8 juta,” jelasnya.

Tambah Norman, HMM hanya akan diedarkan dalam bentuk cakera video digital (DVD) di luar negara selepas filem arahan Yusry Abdul Halim itu tamat tayangannya di seluruh negara bagi mengelakkan gejala cetak rompak.

Kata anak sulung daripada empat beradik ini, pendekatan itu dilakukan berdasarkan pengalaman KRU Studios menerbitkan filem berjudul Deadline pada tahun 2008 di mana ia menjadi mangsa gejala tersebut.

“Sewaktu menerbitkan Deadline kami terlebih dahulu memberi kebenaran pengedaran filem itu di luar negara terutamanya di AS sebelum ia ditayangkan di Malaysia menyebabkan ia menjadi mangsa cetak rompak.

“Akibatnya filem kami yang keenam dengan kos AS.4 juta (RM6.1 juta) itu tidak dapat ditayangkan kerana DVD cetak rompak sudahpun berada di pasaran. Bagi mengatasi masalah itu, tumpuan kami melalui jualan DVD sahaja.

“Untuk DVD Deadline yang menjalani penggambaran di Louisiana, AS kami telah mengedarkannya ke 40 buah negara antaranya Filipina, Mexico dan United Kingdom. Kami bernasib kerana filem itu tidak rugi,” katanya.

MEMBUANG VIRUS FACEBOOK


Membuang Virus Facebook – Koobface (nama virus) sedang menyerang Facebook dengan begitu hebat, jadi disini adalah langkah-langkah untuk membuang virus dengan cepat.

Ini adalah cara paling mudah dan cepat untuk membuang virus Facebook dan mudah difahami.

Koobface virus, sasarannya adalah pengguna Facebook , membuat spam messages dan menghantar ke semua rakan-rakan menggunakan system massage di Facebook.

Spam message dan komen mengangdungi ayat links seperti Paris Hilton Tosses Dwarf On The Street; Examiners Caught Downloading Grades From The Internet; Hello; You must see it!!! LOL. My friend catched you on hidden cam; Is it really celebrity? Dan pelbagai lagi yang kebanyakkannya menggunakan ayat bahasa inggeris.

Cara Manual Membuang Koobface Virus Facebook:

1 – Membunuh prosesnya (delete):

fbtre6.exe

mstre6.exe

2 – Delete registry values ini:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”

HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating

3 – Delete file ini:

C:\\Windows\\fbtre6.exe

C:\\Windows\\fmark2.dat

Jika anda mahu software pembuang virus ini dan unsure-unsur gangguan lain secara automatik dengan percuma.sila download Malwarebytes Anti-Malware tool dan ikut arahannya.

dibawah adalah link untuk download Malwarebytes Anti-Malware tool:

klik link ini download dan install kedalam PC anda

http://en.kioskea.net/download/download-105-malwarebytes-anti-malware

Semoga akaun Facebook anda bebeas dari gangunan Koobface

JOIN SAYA DI FACE BOOK

KLIK DISINI




FACEBOOK JADI TEMPAT PENYEBARAN VIRUS


Facebook yang kini mempunyai lebih 500juta ahli menjadi tempat melakukan pencurian maklumat... kebelakangan ini kita sering mendapat msg2 pelik dan meminta kita klik link tertentu..... berhati-hatilah....

Kesan

1. Dengan klik link berkenaan anda seperti memberi isyarat bahawa anda setuju untuk membenarkan maklumat dan data anda dicerobohi pihak lain. Anda juga seperti membenarkan virus mengalir masuk ke FB dan mungkin PC anda secara auto.

2. Kesan lain yang terjadi adalah... FB anda mungkin akan menjadi rosak atau kehilangan maklumat atau data penting, gambar dan sebagainya, FB anda juga akan secara auto menghantar msg yang sama seperti anda pernah terima dan klik kepada setiap rakan anda setiap kali anda login ke akaun FB anda...(anda telah menjadi ajen penyebaran)

3. System FB anda juga akan menjadi sedikit terganggu dan mungkin setting2 yang ada didalamnya tidak seperti biasa..

Proses

1. Apa yang saya faham adalah.. apabila anda secara segaja sebagai pemilik akaun FB berkenaan klik link tersebut anda seolah2 membenarkan pihak lain menggunakan dan mengambil data anda dan menyebarkan virus..

Sebab

Anda bayangkan FB mempunyai 500juta pengguna seluruh dunia dan maklumat seperti alamat email,no.tel semunya ada dalam FB (kebanyakkannya) dan betapa berharga data yang banyak sebegitu jika diperolehi oleh orang yang sedang memasarkan produknya... dengan mudah dia boleh menyebarkan maklumat tentang produk atau servicenya apabila memperolehi data tersebut. untuk mengumpul dan mendapatkan data sebanyak itu bukan perkara mudah dan murah.. cara murah dan mudah adalah dengan mendapatkan kebenaran dari pemilik akaun sendiri untuk menyerahkan data2 yang ada... jadi terciptalah ganguan ini di FB.

Ciri-Ciri Link Pembawa Masalah.

Tidak Semua Link yang ada di FB ada membawa virus....
Biasanya.. link2 ini tidak mempunyai domain berbayar... dan kelihatan amat pendek dan ringkas tanpa maksud yang jelas...
contoh:
bit.ly/hiht3w dan sebagainya

yang lain adalah biasanya pendek juga dan kalau ada http:// dihadapannya pun dia pendek
contoh:
giolione.info dan sebagainya

biasanya di belakang domainnya menggunakan ini
.info
.org
.net
.ly
.tk

dan lain2....

So berhati2 lah... :-)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...