Karnival Iktiraf MBFM Peringkat Wilayah Mempaga
Mungkin untuk beberapa tempoh aku tak dapat menulis sebab sibuk sikit tentang Karnival yang akan di anjurkan. agak sibuk sebab aku di pertangungjawabkan dengan jawatan yang sibuk huhuhu..
apa2 pun aku dengan berbesar hati ingin menjemput rakan2 semua ke Karnival Iktiraf MBFM Peringkat Wilayah Mempaga yang akan di adakan di Padang Awam Felda Sebertak,Bera, Pahang. Pada 15-17 Okt 2010 ini..
berehhhh..........
Cicak Tokek
Ari ni aku nak carita tentang Cicak Tokek yang menjadi peliharaan dan buruan kerana harganya yang sangat tinggi... zassss layan..
Klasifikasi
Kerajaan : Animalia, Filum : Chordata, Kelas : Replitia, Ordo : Squamata, Opaordo : Sauria, Famili : Gekkonidae, Genus : Gekko, Spesies : G.gecko, Nama Binomial : Gekko Gecko
Cicak ini mempunyai badan yang besar, kepada yang besar, hanpir setengah tekok adalah ekornya dan Dorsal (sisi punggung) yang kasar, Terdapat dalam pelbagai warna dan bintik.
Cara Menangkap Tokek
Tokek boleh ditangkap dengan menggunakan sarung tangan atau apa-apa jenis alat penangkapan yang menghalang sentuhan terus tangan keatas badan tokek. ini bulahkan kerana tokek beracun, tetapi untuk mengelakkan tangan anda di tokak ( gigit) hehe.. Jadi anda perlulah gunakan Sarung tangan. Seboleh-bolehnya jangan pegang tokek kerana perkara tersebut akan membuatkan Tokek Stress dan beratnya akan menurun. Cara lain mengangkap tokek adalah dengan menahan perangkap tikus di tempat-tempat yang strategik dimana bunyian tokek uang unik itu sering kedengaran.
Apakah Makanan Tokek
Tokek biasanya memakan pelbagai jenis serangga, ulat dan juga udang kering (alternatif). haiwan ini juga didapati kemakan burung, tikus kecil dan ada yang memakan sesama sendiri bg penjantan. Gigitan tokek sangat kuat kerana rahang tokek yang besar dari cicak biasa. Dia akan menyambar dan mengigit mangsanya sekuat-kuatnya dan akan melepaskannya sekiranya mangsanya diam.
Duit Syiling 50 Sen Tahun 1967
hari ni hujan lebat dirumah aku... di atas sebab-sebab keboringan dan ketiadaan aktiviti yang boleh menghilangkan bosan jadi aku memunggah.
Punggah punya punggah jumpa tabung lama..
dalam tabung tu ada banyak duit syiling 50 sen. dengan penuh kerajinan aku pun susun duit tu ikut tahun.
dan aku menjumpai sesuatu yang istimewa..unik menarik...
Duit Syiling 50sen 1967 ada belahan di sebelah tepinya.
wow.. lama gile... aku terus g kat pc aku yang uzur ni dan mencari maklumat tentang duit yang agak lama ni... dalam pencarian itu aku dapatlah sedikit maklumat bahawa Duit 50sen tahun 1967 adalah duit keluaran pertama yang dikeluarkan sebanyak 15,000,000 keping oleh
Royal mint, UK. jenis Security Edge (berbelah di tepi).
ada dua keluaran untuk hatun ini iaitu Security Edge(berbelah di tepi) dan
Milled Edge ( berjalur ditepi).
Dalam susunan aku pula aku terperasan tiada keluaran duit syiling 50sen pada tahun 1970, 1972, 1974, 1975, 1976 dan 2006.
ini lah gambar 2 keping duit 50Sen keluaran pertama yang aku dapat dari 15,000,000 keluaran yang mungkin dah hilang kat tanah, terkambung, terhanyut disungai atau apa2 lah.
Jadi aku berniat untuk menyimpannya sahaja sebagai tanda sejarah keluaran duit syiling Malaysia..
huhuhuhu. best best.
Episod 28 : Seni Peperangan Sun Tzu
Strategi Pendekatan
Strategi 28
Robohkan jambatan ketika musuh telah sampai di atasnya.
Dengan umpan dan tipu muslihat perdayakan musuh anda ke dalam daerah berbahaya. Kemudian putuskan ruang komunikasi dan jalan untuk melarikan diri. Untuk menyelamatkan dirinya, dia harus bertarung dengan kekuatan anda dan sekaligus elemen alam.

begitulah secara ringkasnya
Oleh
Abuya Katang
Episod 27 : Seni Peperangan Sun Tzu
Strategi Pendekatan
Strategi 27
Berlagak cerdik.
Sembunyi di balik muka cerdik, mabuk, atau gila untuk menyebabkan kebingungan utk tujuan dan motif anda. Perangkap lawan anda ke dalam sikap meremehkan kemampuan anda sampai pada akhirnya terlalu yakin akan diri sendiri sehingga menurunkan tahap pertahanannya. Pada situasi ini anda dapat menyerangnya.

Berpura-puralah seperti anda seorang yang cerdik, bijak dan pandai.
berpura-puralah disebalik muka mabuk dan gila anda. supaya musuh pening dengan anda...apakah motif anda sebenarnya. kekalkan imej tersebut dan jerat lawan anda yang meremehkan kemampuan anda... setelah beberapa perkara anda dengan imej yang tetap begitu akan dapat meyakinkan pihak musuh bahawa anda sememangnya begitu. musuh yang pada awal akan memperkuatkan pertahanan menghadapai apakah helah anda akan menurunkan kadar pertahanannya terhadap anda apa bila betul-betul yakin dengan anda.
pertahanannya akan longggar. dan Anda boleh menyerang dan memusnahkan musuh.
begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang
Episod 26 : Seni Perperangan Sun Tzu
Strategi Pendekatan
Strategi 26
Lihat pada pohon murbei dan ganggu ulatnya.
Untuk mendisiplinkan, mengawal, dan mengingatkan suatu pihak yang status atau kedudukannya di luar pertemuan secara langsung; gunakan ejekan atau sindiran. Tanpa langsung menyebut nama, pihak yang tertuduh tidak akan dapat memukul balik tanpa ketahui pihak yang jelas.

Ini adalah strategi bagi mendisiplinkan, mengawal, dan mengingatkan mana-mana pihak tentang statusnya, kedudukannya atau tangungjawabnya tanpa bersemuka. Langkah ini boleh menggunakan sindiran atau ejekan untuk menyampaikan pesanan tersebut. Bagi menyempurnakan langkah ini tidak perlu pihak anda menyebut namanya dalam sindiran atau ejekan tersebut , ini kerana pihaknya akan tertanya-tanya kepada siapakan sebenarnya pesanan itu dan adakah untuk dia kerana sindiran atau ejekan itu tepat mengenainya. tertana juga dia dari siapakah pesanan itu datang. Jadi pihak tersebut akan sentiasa berhati-hati, berdisiplin dan menyedari tangungjawab tugas dan kedudukannya. Takut mungkin kerana ada pemerhati sekelilingnya.
begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang
Episod 25 : Seni Peperangan Sun Tzu
Strategi Pendekatan
Strategy 25
Gantikan balak dengan kayu buruk.
Kacau formasi musuh, ganggu operasinya, ubah peraturan-peraturan yang digunakannya, buatlah sebuah hal yang berlawanan dengan latihan standardnya. Dengan cara ini anda telah meruntuhkan tiang-tiang penyokong yang diperlukankan oleh musuh dalam membangun pasukan yang kuat.

Strategi 25. Digunakan untuk melemahkan, mengubah kekuatan dan membuatkan musuh terlibat dengan perkara yang diluar kebiasaan latihannya. Semua yang biasa dilakukan tidak lagi boleh dilakukan dan segala rancangan , strategi dan latihan untuk menghadapi anda tidak lagi boleh digunakan kerana segalanya telah anda ubah. Musuh akan hilang kekuatan, goyah dan tidak tersusun seperti yang dirancang pada asalnya. Akan wujud banyak halangan-halangan baru untuk memperkuatkan pasukan musuh. Musuh anda perlukan masa untuk menyelesakannya dan keadaan ini akan mengoyahkan pasukan musuh anda.
begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang