Pelawat Blog

Bab. 4 LAW OF ATTRACTION


AKU MENGIKUTI SANGKAAN HAMBAKU PADAKU

Di dalam dunia Islam, hal ini telah diungkap 14 abad yang lalu, diajarkan secara terbuka kepada umat manusia tanpa selindung apa-apa pun, bahkan diperintahkan untuk menyebar luaskan agar manusia mendapatkan rahmat Allah yang begitu luas.

Kemahiran ini, ketika segenap umat Islam masih sangat meyakininya dahulu , telah membuktikan ia menghasilkan generasi yang paling unggul sepanjang sejarah. Bertahan kejayaannya selama lebih dari 700 tahun. Hingga akhirnya generasi unggul tersebut lemah kerana telah meninggalkan kemahiran ini, meragukan kemahiran ini.

Kehebatan ini sudah tidak diyakini oleh sebagian besar pemeluk Islam. Kerana itu mereka tidak dapat manfaat kecuali hanya sebahagian kecil saja yang tetap mempertahankan keyakinannya hingga kehebatannya tetap terasa hingga hari ini.

Mereka itu adalah para ulama besar dan orang-orang pilihan yang memiliki tingkat kepercayaan (keimanan) begitu tinggi kepada firman-firman Allah, baik yang ada dalam Al-Quran mahu pun Hadis qudsi juga hadis-hadis lainnya. Mari kita perhatikan firman Allah dalam hadis Qudsi berikut:

Anaa ‘inda dzanni abdii bii, in dzanna khoiran falahu, wain dzanna syarran falahu. (rowahu Ahmad)

Artinya: Aku bersama andaian hambaku padaku, jika andaiannya baik maka baiklah baginya, dan jika andaiannya buruk maka buruklah baginya

Apa pun yang kita andaikan dan yakini dalam fikiran kita akan direalisasikan oleh Allah.

Jika anda meyakini bahwa anda akan berjaya maka insyaAllah akan berjaya, dan jika anda risau bahawa anda gagal maka insyaAllah anda juga akan gagal.

Dalam yang lain:

Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunnu bii ma syaa-a
(rowahu Thobarani wal hakam)

Artinya: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka dengan apa yang ia inginkan (bukan yang ia risaukan atau hawatirkan).

Oleh kerana itu seharusnya kita mengisi fikiran dengan apa yang kita inginkan, kemudian menyampaikannya kepada Allah, dan merasakan (meyakini) bahwa Allah akan merealisasikannya, maka insyaAllah akan dirialisasi. Bukannya mengisi dengan kebimbangan-kebimbangan, atau keraguan-keraguan. kebimbangan-kebimbangan akan menyebabkan apa yang kita bimbangkan terjadi juga. Keraguan menyebabkan apa yang kita inginkan tidak terwujud.

Rhonda Byrne mengatakan:
Hukum penarikkan adalah hukum alam, ia tidak memilih orang, siapapun mengalaminya. Ia juga tidak memandang pikiran baik atau buruk, mahu atau tidak mahu, ia hanya menerima signal dari fikiran anda dan memantulkannya kembali. Ketika anda focus pada sesuatu sebenarnya anda sedang memanggil sesuatu itu untuk hadir dalam hidup anda.

Ini merupakan rahmat Allah yang berlaku untuk seluruh makhluknya, tidak melihat apa pun agamanya, tabi’atnya, ketakwaannya dan maksiatnya.

Kita sememangnya bukan sedang membahas pahala dan dosa, kita juga bukan sedang diskusi tentang taqwa dan maksiat, akan tetapi kita sedang diskusi tentang manifestasi rahmat Allah terhadap seluruh makhluknya di muka bumi.



Dan tidak ada suatu binatang melata[709] pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya[710]. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh). (QS Hud :6)

[709] yang dimaksud binatang melata di sini ialah segenap makhluk Allah yang bernyawa.[710] menurut sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan tempat berdiam di sini ialah dunia dan tempat penyimpanan ialah akhirat. dan menurut sebagian ahli tafsir yang lain maksud tempat berdiam ialah tulang sulbi dan tempat penyimpanan ialah rahim.

Dalam surat Alfatihah Allah berfirman

(Allah) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang(QS Al Fatihah:3).

Dalam tafsir Ibnu kathir dijelaskan bahwa kata Arrohman dari kata Arrohmah yang berarti pengasih, sedangkan ArRohman berarti sangat pengasih atau sangat suka memberi. Allah adalah Maha Pengasih kepada seluruh makhluknya.Sedangkan Arrohiim, dalam kitab tafsir terebut, bermakna Allah menyayangi husus orang-orang mukmin.Jadi The Law of Attraction adalah merupakan manivestasi dari sifat Allah ArRohmaan, Allah sangat pengasih kepada seluruh makhluknya tanpa kecuali.







.

Bab. 3 LAW OF ATTRACTION

Apa sebenarnya The Secret atau Law Of Attraction itu?
(Suatu Rahsia / Hukum Penarikkan)



 Rhonda Byrne

Satu wabak yang paling buruk yang pernah dijumpai manusia dan telah bergolak selama berabad-abad adalah wabak “tidak ingin”. Orang terus memelihara wabak ini ketika berfikir, berbicara, bertindak, dan berfokus pada apa yang tidak mereka inginkan.

Mereka tidak mahu dibelenggu hutang keliling pinggang, tetapi mereka selalu mengeluh, berbicara, tentang hutang mereka, berfikir terus dan fokus tentang hutang mereka maka sebenarnya mereka sedang menarik hutang-hutang itu lebih banyak lagi dalam hidup mereka. Dengarkan pikiran anda, dan dengarkan kata-kata yang anda ucapkan. Hukum ini mutlak dan tidak ada kesalahan.

Bob Doyle

Hukum penarikan ini tidak mempersoalkan apakah anda memandang sesuatu sebagai baik atau buruk, atau apakah anda menginginkannya atau tidak menginginkannya. Jika anda terus melihat longgokan hutang dan merasa susah kerananya itulah sebenarnya signal yang anda kirimkan ke Alam Semesta dan Alam
Semesta akan merespon mengirimkan hal serupa dalam hidup anda. Jadi anda sedang mengukuhkan keaadaan tersebut.

Catherine Ponder, Dynamic Law of Prosperity

Segala sesuatu yang anda pancarkan melalui fikiran, perasaan, citraan mental, dan tutur kata anda akan kembali dalm kehidupan anda.

Ernest Holmes, Basic Ideas of Science of Mind

Semua fikiran akan menjelma menjadi kenyataan sesuai dengan apa yang difikirkannya. Setiap pemikiran walaupun kecil di dalam fikiran manusia mampu menggerakkan hukum itu untuk menjadi kenyataan.

Brian Tracy, Motivator

Anda adalah sebuah magnet hidup; Anda boleh menarik orang, berbagai situasi dan keadaan selaras dengan fikiran anda. Apapun fikiran yang anda biarkan hidup dalam minda sedar anda kelak akan tumbuh dan menjelma menjadi pengalaman nyata.

Michael J. Losier, Law Of Attraction

Segala sesuatau yang saya pikirkan dengan segenap perhatian, energi, dan fokus pemikiran, baik hal posistif ataupun negatif, akan datang ke dalam hidup anda.

Einstein, Physicist

Pertanyaan terpenting yang dapat dinyatakan manusia kepada dirinya sendiri adalah “Apakah dunia ini ramah?”.Apa pun jawapan anda itulah yang akan anda alami dalam hidup anda di dunia. Maksudnya jika jawapan anda bahwa dunia ini ramah dan indah, maka anda akan mendapati kehidupan anda di dunia ini ramah dan indah adanya. Dan sebaliknya jika anda mengatakan bahwa dunia ini kasar & sukar, maka anda akan mendapati hidup ini dalam keadaan kasar dan sukar.



.

Bab. 2 LAW OF ATTRACTION

Apa sebenarnya The Secret atau Law Of Attraction itu?
(Suatu Rahsia / Hukum Penarikkan)


Bob Proctor

Kita semua hidup dan bekerja dengan suatu kekuatan yang tidak terhingga. Kita semua terbimbing secara sama. Di manapun anda—India, Australia, Selandia baru, Stockholm, London, Toronto, Montreal, atau New York kita semua hidup dan bekerja dengan satu kekuatan satu hukum iaitu hukum penarikkan “The Law Of Attraction”.

Segala sesuatu yang datang ke dalam hidup anda adalah karana ditarik oleh anda sendiri. Segala sesuatu itu tertarik kearah anda karana gambar-gambar yang anda simpan dalam pemikiran; oleh apa yang anda pikirkan. Apapun yang ada dalam fikiran anda akan menariknya ke dalam realiti hidup anda.

Orang-orang kaya dalam hidupnya telah menggunakan rahsia ini, Cuma sama ada mereka sadar atau tidak. Mereka memikirkan tentang kelimpahan dan kekayaan, dan mereka tidak benarkan fikiran-fikiran yang sebaliknya(negatif) memasuki fikiran mereka. Fikiran utama mereka adalah kekayaan. Fikiran utama mereka adalah kekayaan tidak ada yang lain, itulah yang membuat kekayaan tertarik dalam hidup mereka. Inilah cara kerja hukum penarikkan.

Hukum Penarikkan bekerja kerana adanya pikiran berulang yang ada difikiran anda, ketika yang berulang ada difikiran anda adalah kekayaan maka kekayaan akan tertarik masuk dalam hidup anda, sebaliknya ketika yang berulang dalam fikiran anda adalah kesulitan hidup maka yang akan hadir adalah kesulitan. Anda boleh saja mengatakan aku tidak mahu gagal, aku menyedari hidup ini sukar kerana itu aku harus kerja keras. Jika itu yang ada difikiran anda kata-kata gagal, hidup ini sukar dan kerja keras maka anda sedang menarik dalam hidup anda keadaan hidup yang sukar, gagal dan kerja keras.

Apa pun yang berulang dalam fikiran anda itulah yang akan tertarik ke dalam hidup anda. Demikianlah hukum penarikkan bekerja. John Assaraf, Tugas kita sebagai manusia adalah memelihara fikiran-fikiran yang kita inginkan, memperjelas apa yang kita inginkan dalam fikiran, dari situ kita mulai membangunkan salah satu hukum terbesar di Semesta. Jika anda ingin mengubah sesuatu dalam hidup anda ubahlah pikiran anda. Ketika anda membayangkan diri berada dalam kemewahan, dengan sedar dan kuat anda menentukan hidup anda melalui hukum penarikkan. Memang semudah ini. Tetapi pertanyaannya adalah, “Mengapa tidak setiap orang menjalani hidup yang mereka impikan?

”Masalahnya adalah kebanyakan orang memikirkan apa yang tidak mereka inginkan ! ".


.

BAB. 1 LAW OF ATTRACTION

BAB . 1




Sebuah rahsia besar telah diungkap. Rhonda Byrne (2006), dengan bukunya The Secret, serta Michael J. Losier (2006) dengan bukunya Law Of Attraction telah mengungkap sebuah rahsia besar tentang kehidupan, kesuksesan dan kejayaan. Rhonda Byrne: Pembuat Film dan Penulis Buku The Secret.

Rahsia ini telah diwariskan selama berabad-abad, diimpikan kebanyakan orang, disembunyikan, dihilangkan, dicuri dan dibeli dengan harga yang sangat mahal. Rahsia yang berusia berabad-abad ini telah dipahami orang-orang ternama dalam sejarah: Plato, Galileo, Beethoven, Edison, Carnegie, Einstein dan para penemu teknologi, ilmuwan serta para pemikir besar. Sekarang rahasia ini diungkapkan kepada dunia.

Ketika anda mempelajari rahasia ini, anda akan menyadari bahwa anda dapat memiliki atau melakukan apapun yang anda inginkan. Anda akan menyadari siapa sesungguhnya diri anda. Anda akan menyadari keagungan sejati yang sedang menanti anda dalam hidup ini. Rahasia ini disebut oleh dunia “The Secret / The Law Of Attraction” (Suatu Rahasia / Hukum Tarik-menarik)

John Assaraf: Wiraswastawan dan ahli kewangan. Kita dapat memiliki apa juga yang kita pilih. Tidak kira berapa besar impian itu. Rumah yang bagaimana yang anda inginkan? apakah anda ingin menjadi jutawan? Perniagaan apa yang anda inginkan? Apakah anda menginginkan lebih banyak berjaya. Apa yang sungguh-sungguh anda inginkan.

DR. Denis whaitly: Psikologi dan pelatih potensi pikiran. Para pemimpin di masa lalu yang memiliki rahsia ini ingin menyimpan sendiri kekuatannya. Mereka membuat orang lain tidak memperdulikan rahsia ini. Orang-orang pergi ke tempat kerja, bekerja lalu pulang ke rumah dalam rutin harian. Mereka berada di bumi berjalan tanpa daya karana rahsia ini disembunyikan dan hanya diketahui oleh segelintir orang.

Michael J. Losier, Penulis buku Law Of Attraction.Tanpa disadari, ada getaran hebat yang sedang bekerja dalam diri anda. Ia seperti ‘magnet hidup’ yang mampu menarik benda-benda atau hal-hal yang anda dambakan dan menolak apapun yang tak anda inginkan. Inilah prinsip kerja Law Of Attraction. Namun, tidak semua orang sedar dan tahu bagaimana menggunaknnya dengan baik. Memang, kemampuan daya tarik ini boleh diperoleh karana sifat semula jadi. Tetapi sebenarnya juga boleh dipelajari. Seberapa baiknya kemampuan daya tarik anda tergantung pada apa dan bagaimana anda melakukannya.







.

Kerja Kerja Kerja

Bila mau habis kerja....




semangat2 !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Banyaknye Kerja..

Walaupun hari sabtu, ahad kerja tetap berlambak..

Bak kata pepatah riuk, kerja ni sampai mati pun xhabis, jadi buat juga lah slow2, esok pun kerja lagi hahai bila la nak rest ni.

Haaaa sambunh kerja, semangat2 !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA PEGAWAI WARAN 1 (B) KANANG ANAK LANGKAU









JASA MU DIKENANG ....





.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...