Pelawat Blog

RAHSIA BULAN KELAHIRAN


BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILLAH KAMSAH

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pada kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yang lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yang remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yang menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jgn terlalu moody.

APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka diberi perhatian
sangat diplomatik (pandai memujuk )berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yang tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
perasaan yang amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu
bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yang tinggi
permikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yang lemah lembut
mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
idea yang terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yang serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka menilai orang lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kawal tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk orang lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yang sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yang berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dalam seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar untuk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
pendiam tapi panda bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yang dilakukansangat sempurna
sangat sensitif yangtidak diketahui
orang yang banyak berfikir
daya pentaakulan yang baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain(daya firasat yang tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka orang yang sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan oranglain
emosi yang mudah terusik
suka berangan & pandaibercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yang luarbiasa
pemikiran yang tajam
daya firasat yang sangat halus dan tinggi
bagus untuk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah, setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari orang lain
otak yang sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yang tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam oranganisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

RAHSIA CINTA LELAKI LEBIH HEBAT


Dalam hubungan cinta, lelaki sering dilabelkan perkara-perkara yang negative. Misalnya lelaki mata keranjang, buaya, kasanova, playboy dan sebagainya. Manakala perempuan kebanyakkannya positif. Diakui lelaki lebih diragui kejujurannya dari perempuan. Namun percaya atau tidak disebalik sikap buruk yang dimiliki, lelaki sebenarnya seorang pencinta yang hebat dan lebih hebat dari perempuan. Tidak percaya? Tiga perkara dibawah boleh meyakinkan kamu!

Lelaki lebih menghargai pandangan kekasih
Pujian mungkin boleh membuatkan seseorang itu riak dan sombong. Namun lelaki begitu suka andainya mendapat pujian dari orang yang dicintainya. Biarpun semua teman-teman mengkritik apa yang dipakainya atau hasil kerjanya namun oleh kerana pasangannya suka lelaki akan terus-menerus memakai dan melakukannya. Berbeza dengan perempuan lebih utamakan pandangan orang dari pandangan pasangannya sendiri. Kalau lelaki kata tidak cantik berkeras mahu pakai juga tetapi bila orang lain yang beri pandangan terus diikutkan. Betul kan?

Lelaki lebih setia
Memang benar lelaki ada sifat yang sedikit gatal. Namun sebenarnya lelaki lebih setia dari perempuan. Buktinya lelaki apabila mencintai seseorang dia sanggup berkorban dan lakukan apa sahaja untuk pasangannya biarpun terpaksa bersusah. Mereka sanggup makan mi segera dirumah semata-mata mahu memastikan ada wang untuk penuhi apa yang pasangannya inginkan. Sedangkan perempuan hanya dimulut sahaja, berkata mahu susah bersama tapi akhirnya memberontak.

Lelaki Lebih Memahami
Soal memahami ini kalau dilihat dengan mata kasar sememangnya nampak perempuan lebih memahami kerana sifat perempuan yang lembut. Walaubagaimanapun bila dikaji semula, lelaki sebenarnyalebih bersifat memahami. Buktinya lelaki sanggup menunggu bila perempuan lambat. Duduk dalam kereta berjam-jam pun sanggup. Tetapi perempuan sentiasa mahukan semuanya berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Baru lambat lima minit tetapi marahnya seperti lambat berjam-jam.



RAHSIA HATI WANITA


  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
  8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
  18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

RAHSIA KATA-KATA CINTA


Cinta tidak akan datang jika tidak dicari, hidup tanpa cinta bagaikan hidup tanpa cita²... renungkanlah kata-kata cinta dibawah ini, semoga kita mendapat manfaat bersama :)
  1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta… Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  3. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  4. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  5. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
  6. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  7. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  8. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  9. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  10. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
  11. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
  12. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
  13. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
  14. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
  15. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
  16. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
  17. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  18. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
  19. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
  20. Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
  21. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
  22. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
  23. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
  24. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
  25. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  26. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  27. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai
  28. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
  29. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
  30. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
  31. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
  32. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
  33. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
  34. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.
  35. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir
  36. Di suatu hari kau datang dan bertanyaku apa yang lebih penting padaku : Dirimu atau nyawaku. Dan aku mengatakan nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.
  37. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini…
  38. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri
  39. Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
  40. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
  41. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.
  42. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
  43. Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
  44. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat
  45. Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta
  46. Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
  47. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
  48. “Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?
  49. Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis
  50. Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.
  51. Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
  52. Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.
  53. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?
  54. Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.
  55. Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
  56. Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
  57. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
  58. Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
  59. Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
  60. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
  61. Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.
  62. Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
  63. Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya
  64. Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
  65. Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.
  66. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.
  67. Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
  68. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
  69. Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan
  70. Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.
  71. Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.
  72. Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.
  73. Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu
  74. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
  75. Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
  76. Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.
  77. Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
  78. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati
  79. Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.
  80. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.
  81. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
  82. Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.
  83. Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
  84. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.
  85. Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
  86. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
  87. Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark
  88. Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas
  89. Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat
  90. Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya
  91. Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian
  92. Cinta tidak mempunyai undang-undang
  93. Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi
  94. Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi
  95. Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico
  96. Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
  97. Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
  98. Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka
  99. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta
  100. Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
  101. Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.
  102. Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman
  103. Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun
  104. Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda
  105. Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek
  106. Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris
  107. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.
  108. Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain
  109. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  110. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  111. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  112. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  113. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selalmat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  114. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  115. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  116. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  117. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  118. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  119. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  120. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  121. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  122. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  123. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
  124. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  125. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  126. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  127. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  128. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  129. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  130. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  131. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

RAHSIA CINTA MELALUI WARNA


Cinta terbentuk dari gabungan dua hati. Keserasian dan persefahaman adalah inti utama sesebuah percintaan. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengukur keserasian dan persefahaman dalam percintaan dari hanya melihat melalui mata kasar sahaja.

Apakah jenis warna kesukaan kamu dan juga si dia? Adakah kamu mempunyai cita rasa yang sama? Jangan ingat menyukai warna yang sama kamu berdua sudah rasa serasi. Cinta perlu ada dua kombinasi warna yang berlainan dan serasi barulah ianya boleh dikategorikan sebagai pasangan yang ideal. Berikut adalah semakan rahsia cinta di sebalik warna.

Hijau + Oren
Kombinasi warna yang agak kurang serasi kerana kedua-duanya manja. Setiap kali bertemu kamu dan si dia masing-masing mahukan perhatian. Apabila kedua-duanya gagal mendapat perhatian antara satu sama lain mulalah perang dingin. Cara terbaik kedua-duanya haruslah berbincang apa yang pasangan mahukan dan sama-sama berusaha untuk meberi perhatian antara satu sama lain.

Merah + Biru
Biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Kebanyakan orang yang suka warna biru adalah orang seni. Merah pula agak agresif orangnya dank eras hati. Kalau boleh setiap yang diingini harus diturutkan. Tetapi untunglah mendapat pasangan yang boleh bertolak ansur. Walaubagaimanapun janganlah terlalu mendesak kerana kesabaran seseorang ada batasnya.

Merah + Oren
Sama-sama agresif dan tahan lasak. Pasangan ini gemarkan aktiviti yang mencabar. Mereka jarang meluahkan rasa cinta antara satu sama lain kerana lebih suka mengamalkan konsep “sendiri mahu ingat”. Namun hal cinta mereka tidak padan untuk bersama kerana tiada perasaan rasa cinta. Sebaiknya si merah dan si oren perlu di pertemukan dengan insane yang romantic dan boleh buat mereka lupa seketika tentang dunia mereka dan beralih kepada dunia cinta.

Biru + Hijau
Sempurna! Ini adalah pasangan yang paling ideal. Kedua-duanya pengasih dan penyayang. Namun adakalanya dua pasangan ini seperti tidak ada jodoh. Ada saja cabaran dan halangan mereka dalam bercinta. Walabagaimanapun biar sekuat mana badai melnda, sejauh mana mereka terpisah namun hati mereka tetap ingat satu sama lain. Oleh itu untuk si biru carilah pasangan si hijau. Cinta kamu berdua memang romantis.



RAHSIA MENAMBAT HATI WANITA



Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!



Rahsia Cinta Akan Lebih Indah Jika .....

Tetapkan waktu tertentu setiap minggu untuk menghabiskan waktu selama dua jam dengannya tanpa gangguan dari sesiapa pun. Jika kamu terpaksa melakukan sebarang kerja, cuba menundanya di waktu yang lain.

Selalu sediakan kertas dan pen bila kemana sahaja, gunakannya untuk menulis pesanan-pesanan mesra ketika kamu berada di mana-mana contohnya di ketika menunggu giliran di bank atau terus sahaja kirimkan sms.

Membuat kejutan untuknya dan satu-satu tetamu yang datang adalah kamu!

Membuat album foto bersama yang mengandungi gambar-gambar lama dan baru kamu dan dia. Kemesraan pasti akan kembali membara.

Menonton filem romantis bersama. Kamu dan dia mungkin akan terfikir alangkah romantisnya andai kamu dan dia jadi seperti hero dan heroin dalam filem tersebut.

Sentiasa menganggap si dia paling istimewa dan utamakan dia dalam segala hal.

Sesekali tidak salah kamu membuat kejutan membelikan dia sebarang hadiah walaupun bukan pada hari lahirnya. Sekurang-kurangnya si dia tahu kamu sentiasa meningatinya walau di mana kamu berada.

Bawa si dia ke tempat yang paling disukainya. Kamu pasti akan gembira melihat si dia sentiasa tersenyum.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...