Pelawat Blog

RAHSIA APA YANG LELAKI SUKA DAN TIDAK SUKA PADA PEREMPUAN???




Lelaki suka
1. Sikap kelakar
2. Budi pekerti dan kesopanan
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Pandai memasak
6. Pandai dalam mengenakan pakaian
7. Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
8. Tak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
10. Tak terlalu seksi dalam berpakaian
11. "Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang"
12. Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
13. Berwawasan atau bercita-cita tinggi
14. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
16. Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
17. Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
18. Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
19. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
20. Sikap keibuan
21. Sukakan kanak-kanak
22. Suara lembut tanpa dibuat2
23. Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
24. Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
25. Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
26. Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
27. Tahu bersyukur
28. pandai berjimat-cermat
29. tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Hisap rokok
5. "Kau ni macam orang tiga suku!"Mengutuklah tu...
6. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
7. Wanita yang suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
8. "Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!"
9. "Jangan cuba beritahu I apa yang patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan.."
10. Wanita yang hipokrit
11. Pembohong dan suka mencari alasan
12. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
13. Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
14. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
15. Pengotor dan pemalas
16. Tak bertanggungjawab langsung
17. Tak pandai mengemas
18. Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
19. Kuat berleter walau hal remeh temeh
20. Boros berbelanja
21. Tak tahu memasak
22. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
23. "Queen Control" atau suka mengarah2
24. Tak pandai bergaya atau selekeh
25. Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
26. Suka mengungkit2 hal-hal lalu
27. Panas- baran
28. Kuat merajuk dan sukar dipujuk
29. Terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
tak mahu mengakui kesilapan dan ego


ANDAI PEREMPUAN TAHU


Andainya perempuan tahu.........

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

15. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!


RAHSIA ADAKAH DIA SEPADAN DENGANMU??



Tiada siapa yang sempurna untuk mengingatkan setiap orang agar selalu bersikap wajar dan menerima setiap insan seadanya. Dalam memilih pasangan janganlah terlalu tinggi menetapkan kriteria calon pasangan yang diimpikan. Perkara utama yanng perlu dilihat adalah diri kita sendiri. Jangan mengharapkan kesempurnaan orang lain jika diri sendiri tidak sebegitu sempurna.

Semua orang mengingini yang terbaik untuk diri sendiri, apatah lagi jika untuk persiapan masa depan. Walaubagaimanapun ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan sebelum memutuskan untuk menjadikan si dia sebagai pasangan istimewa.

Agama
Agama merupakan hal yang sangat penting. Jangan sesekali mengambil risiko bercinta dengan orang yang tidak seagama kerana ianya akan menimbulkan banyak persoalan dikemudian hari. Walaupun seagama pilihlah yang betul-betul mendalami agama agar dapat mendidik dan membimbing antara satu sama lain.

Hati Kamu
Tanyakan pada hati kecil kamu sendiri, semua orang pasti menginginkan pasangannya mempunyai penampilan fizikal yang menawan dengan paras rupa yang cantik, tampan, sasa dan sebagainya. Namun adakah dia benar-benar kriteria pasanganmu? Tepuk dada tanya selera, jika di hati hanya inginkan yang sederhana dalam penampilan, tak perlulah memaksa diri sebegitu.

Perasaannya
Bagaimana perhatian dan perasaannya padamu? Jika setiap hari mengatakan sayang dan cinta tetapi tidak pernah membuktikan dan berkorban untukmu itu hanyalah kata-kata manis yang terungkap di bibir sahaja.

Bersosial
Perhatikan cara dia berinteraksi dan bersosial dengan orang seklilingnya. Adakah dia jenis yang pendiam atau jenis yang peramah melayani orang ramai? Bagaimana dengan kamu? Biasanya orang pendiam temannya adalah orang yang peramah dan sebaliknya.

Komunikasi
Komunikasi dalam perhubungan adalah sangat penting, perhatikan bagaimana bentuk komunikasi yang telah terjalin selama berkenalan dengan si dia contohnya maklum balas yang diberikan setiap kali berbincang. Adakah dia seorang pendengar dan penasihat yang baik dan adakah dia akan menjawab soalan kamu dengan baik?

Latarbelakang
Adakah si dia dari keluarga yang baik²? Bagamaimana pula dengan pendidikkannya? Kemampuan menganalisasi dan kreativiti adalah penting untuk sesuatu perhubungan, adakah anda inginkan ianya staraf dengan anda atau bagaimana?

Pekerjaan
Untuk jaminan masa depan, pekerjaannya adalah yang utama, samada kukuh kedudukan atau kewangannya inilah yang menjamin masa depan. Namun janganlah terlalu materialistik walaupun sifat ini ada pada setiap orang. Tipu kalau tidak ada yang bertanggapan sebegitu, kecuali mereka yang mabuk cinta dan berperinsip "Yang Penting Dia Sayang dan Cintakkan Saya".


RAHSIA SENI CINTA SEJATI


Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan. Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu,dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya.Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta.
Berikut adalah Seni Cinta Sejati untuk anda praktikkan :-

Seni Berfikir

  • Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.
  • Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.
  • Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.
  • Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.
  • Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda, cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.
  • Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.


Seni Merasa

  • Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
  • Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau. Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.
  • Jika kecewa bercinta, jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.


Seni Bertindak

  • Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta. Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta, barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.
  • Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja. Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya, kerana nikah adalah ikatan cinta.
  • Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.
  • Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah. Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.

Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta.

Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya, tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta'

Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah, atau Saidina Ali dan Fatimah.


RAHSIA CINTA


Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir
tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu
dengan orang yang tepat tersebut.


Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut
bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku
hormati dalam diri mereka?".


Kekuatan untuk memberi
Untuk mencari cinta sejati,kamu mestimencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama - sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamuingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih
dahulu..

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang
sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan
percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan
dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan
hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik
fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling
tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat
indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.
Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikirdengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya...

Rahsia Disebalik Bilangan Kuntum Bunga Rose


Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantiknya seorang lelaki kepada wanita. Saya pernah juga berikan bunga pada Mrs Teddy. Dia amat suka dengan bunga yang diberikan. Even bunga itu akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan. Kalau tak caya, tanya Mrs Teddy. ;))

Namun begitu, bilangan kuntuman bunga turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.

Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.

1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is “Regretless Love”.

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, ’till forever

So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros?

CINTA LUAR BIASA



Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .
Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...