Hantu Dalam Botol Kicap
| Pengarah : | Azhari Mohd Zain | ||
| Syarikat Penerbit : | Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Komedi, Ngeri | ||
| Tarikh Tayangan : | 09 Februari 2012 | ||
| Durasi : | 78 min | ||
| Audio : | Dolby | ||
| Format : | 35mm | ||
| Pengarah | ||||||||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||||||||
Penerbit:
|
Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.
Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.
Azura



| Pengarah : | Aziz M.Osman | ||
| Syarikat Penerbit : | Ace Motion Pictures Sdn. Bhd. | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Cinta, Drama | ||
| Tarikh Tayangan : | 02 Februari 2012 | ||
| Durasi : | 98 min | ||
| Audio : | Dolby | ||
| Format : | 35mm | ||
| Pengarah | |||||||||
Penulis:
| |||||||||
Lakonan:
| |||||||||
Krew:
|
Azura, seorang gadis remaja yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Min dan Mekah pada 1990. Dia menjadi mahasiswa universiti swasta. Di samping itu, dia mempelajari bahasa Perancis kerana meminati keindahan bahasa dan seni Perancis. Azura dan Zek lari ke London dan berkahwin di sana. Cinta mereka dihalang oleh bapa Zek dengan pelbagai dugaan. Untuk mengetahui kesudahannya, saksilah di pawagam..
Sumpahan Kum Kum

| Pengarah : | Ismail bob Hashim | ||
| Syarikat Penerbit : | Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Ngeri | ||
| Tarikh Tayangan : | 26 Januari 2012 | ||
| Durasi : | 88 min | ||
| Audio : | Dolby | ||
| Format : | 35mm | ||
| Pengarah | |||||||||||||||||||||
Lakonan:
| |||||||||||||||||||||
Krew:
| |||||||||||||||||||||
Penerbit:
|
Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.
Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.
Bujang Terlajak

| Pengarah : | Prof Madya A. Razak Mohaideen | ||
| Syarikat Penerbit : | Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Komedi | ||
| Tarikh Tayangan : | 19 Januari 2012 | ||
| Durasi : | 90 min | ||
| Audio : | Stereo | ||
| Format : | 35mm | ||
| Pengarah | ||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||
Penerbit:
|
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.
Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.
KERAMAT 12 JAN 2012

| Pengarah : | Azhari Mohd Zain | ||
| Syarikat Penerbit : | Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Ngeri | ||
| Tarikh Tayangan : | 12 Januari 2012 | ||
| Durasi : | 82 min | ||
| Audio : | Dolby | ||
| Format : | 35mm | ||
| Pengarah | ||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||
Penerbit:
|
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
Sesuatu Yang Tertinggal

| Pengarah : | Asrull Hisyam | ||
| Syarikat Penerbit : | Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.) | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Ngeri, Drama | ||
| Tarikh Tayangan : | 05 Januari 2012 | ||
| Durasi : | 95 min | ||
| Audio : | Stereo | ||
| Format : | 35mm | ||
| Pengarah | ||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||
Penerbit:
|
Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.
Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona berubah sikap.
Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?
