Pelawat Blog

Harimau Malaya




KAMI sudah sedia! Itulah keyakinan diluahkan barisan Harimau Malaya menjelang misi hidup mati menentang seteru Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Selepas tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Harimau Malaya jelas tiada pilihan selain perlu menundukkan lawan sekurang-kurangnya 2-0 andai mahu impian besar mara ke pusingan ketiga buat julung kali, tercapai.
Dengan semua 85,000 tiket perlawanan habis terjual menjelang tengahari semalam, kehadiran penyokong setia Harimau Malaya membanjiri Stadium Nasional bukan saja menjadi senjata terbaik untuk menggerunkan lawan, tetapi turut meniup dan ‘membakar’ semangat anak buah K Rajagobal yang pasti turun dengan corak menyerang bagi mengatasi defisit dua gol.

“Pemain sudah sedia menyempurnakan misi (menewaskan lawan) dan komitmen mereka bagi menghadapi perlawanan esok (malam ini) cukup membanggakan. Apa yang penting, mereka perlu kekal fokus dan beraksi baik sepanjang perlawanan,” kata Rajagobal.

Syukur..


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah..... hari ini 10hb Julai 2011... 1 hari selepas saat ancaman huru hara BERSIH 2.0.. pelbagai strategy..pergerakan agenda tersembunyi telah di rancang dan di lakukan pihak-pihak yang bekerjasama untuk menjayakan matlamat kotornya...

Allah s.w.t telah menyelamatkan bumi Malaysia dari pertempuran sesama kaum majoriti iaitu Melayu yang punya pelbagai pandangan... yang menyedihkan kerana politik saudara sesama umat menjadi musuh dik kerna di cucuk petualang yang ingin melihat perpecahan kaum Malayu..

Hari ini tidak malu untuk aku katakan .. aku menitiskan air mata apa bila menyanyikan lagu Negaraku untuk kali pertama selepas peristiwa yang berisiko meragut keamanan dan ketenteraman dalam Dewan Merdeka kerna rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t yang terus memelihara dan memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu kembali... tidak lagi termakan tipu daya pihak tertentu untuk memusnahkan agama,bangsa dan negara sendiri.....

Namun dalam hati ini masih lagi gusar... gusar dengan tindakan susulan pihak tidak bertangungjawab tersebut yang aku yakin akan terus berusaha merosakkan bangsaku.... negaraku.... saudara-saudaraku....

sememangnya tidak ada apa juga yang boleh memuaskan hati kita... tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan cara meruntuhkan tamadun sendiri.... mungkin ini berlaku kerna benih-benih kebencian yang telah ditanam dalam hati-hati saudaraku yang akhirnya menuruti sahaja apa juga yang difikirkan boleh dilakukan...

Apa pun.. aku yakin saudara-saudaraku akan terus memperkasa diri untuk menghadapi apa saja kemungkinan yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kesejahteraan Negara tercinta ini...

........................................................................

Alhamdulillah..Kita Selamat
Kabus dah hilang..Perang dah tamat,
Nyanyikan lagu..damai dalam lena..
JANGAN BUKA MATA RIALITINYA SUNGGUH BERBEZA

>>>>><<<<<



Sultan Pahang larang sertai Bersih

ROMPIN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan rakyat di negeri Pahang supaya tidak menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Baginda bertitah, perhimpunan itu membawa banyak keburukan daripada kebaikan dan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat

“Sebaliknya ia akan menyusahkan rakyat yang selama ini menjalani kehidupan aman dan tenteram.

“Saya merayu kepada rakyat jelata supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini. Bersih atau kotor ia demonstrasi yang sememangnya tidak bersih,” titah baginda
Baginda bertitah demikian selepas merasmikan bangunan pejabat stesen Institut Pembangunan Penyelidikan Pertanian (Mardi) di Muadzam Shah di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Johari Baharom.

Tegas baginda, perhimpunan itu sepatutnya tidak diadakan memandangkan negara sudah mencapai kemerdekaan sejak 54 tahun lalu.

“Saya secara peribadinya menentang perkara ini dan kita semua harus tentang habis-habisan,” titah baginda.

Baginda juga mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam perhimpunan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...