Pelawat Blog

CERITA BERET MERON

Sejarah

Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.

Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.

Perihal

  • 1988 – satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.
  • 1990 – Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat.
  • 10 Oktober, 1994 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun.
  • Oktober, 1994 - 10 Para menerima latihan aturgerakcepat, dibantu oleh elemen pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM. Di sekitar pertengahan latihan berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para).


Peranan


10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.

Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.


Identiti Beret Merun 10 Para

Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus)


Insignia

Motto
Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas.
Lagu perbarisan
Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan.
Beret Merun
Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
Sayap Berdarah
Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 KomandoPGK PDRM.
Genggaman PARA
Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ia melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari kelingking mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Latihan

Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.

Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:

  1. Senaman perang
  2. Larian hutan berpaya
  3. Mara lasak sejauh 12 kilometer
  4. Pelaksanaan serbuan khas
  5. Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
  6. Latihan abseilling
  7. Latihan rapelling
  8. Junam selesa
  9. Jalan laju 22 kilometer
  10. Mendaki Gunung Ledang
  11. Ikhtiar hidup
  12. Pandu arah 33 kilometer
  13. Berjalan lasak 65 kilometer
  14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
  15. Berlari sejauh 7 kilometer
  16. Merentas desa
  17. Larian balak
  18. 32 kilometer bagi larian berpasukan
  19. Larian 42 kilometer
  20. Kawad tempur seksyen dan platun
  21. Kemahiran mengendalikan senjata

Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.

Latihan khas pula meliputi:

  1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
  2. Latihan payung terjun
  3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)
  4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
  5. Kursus penembak tepat
  6. Kepakaran menggunakan bahan letupan
  7. Kebolehan menembak
  8. Menembak pantas


Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.



Komposisi 2008

Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dan terdiri daripada:
  • Rejimen Artileri Diraja
    • Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para)
  • Skuadron Kereta Perisai
    • Skuadron Armor Diraja (Para)
      • dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. Skuadron kereta perisai dikenali sebagai Skuadron "B" Armor ke-11 dan dihantar sebagai komponen kepada 10 Para pada tahun 1992.

  • unit sokongan meliputi
    • Kompeni Bantuan (Para)
    • 10 Skuadron Semboyan Diraja (Para)
    • Kor Polis Tentera Diraja (Para)
    • 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para)
    • Kor Kesihatan Diraja (Para)
    • 10 Skuadro Askar Jurutera Diraja (Para)
    • Platun Pandura

Trivia

Selain Briged Jeneral Suhaimi, terdapat beberapa pemimpin berjaya dilahirkan oleh Briged ini. Antaranya ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato' Muhammad Ismail Jamaluddin, Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Masood Zainal Abidin juga Mantan Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Dato' Muhammad Effendi Mustaffa dan Panglima 1 Divisyen sekarang iaitu Mej Jen Dato' Mazelan bin Kasap. 10 Briged Para yang mempunyai taraf sebagai pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia ini bukan sahaja disertai oleh golongan lelaki, malahan juga turut dianggotai oleh paratrooper wanita.

Naikkan pinjaman perumahan


KUALA LUMPUR - Pemuda Barisa:n Nasional (BN) semalam meminta Kerajaan agar mempertimbangkan semula pinjaman Skim Rumah Pertamaku dengan menaikkan jumlah pinjaman dari RM220,000 kepada RM300,000 bagi memastikan golongan muda mampu membeli rumah di kawasan bandar.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata kenaikan itu dilihat relevan berdasarkan harga rumah di sekitar Lembah Klang sangat tinggi, dan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM220,000 tidak membolehkan golongan muda membeli hartanah di sini.

“Di Lembah Klang, agak sukar dengan harga ini (RM100,000 hingga RM220,000), :mungkin kalau di pinggiran bandar atau luar bandar, harga sebegini dikira logik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pengiklanan Bas sempena Karnival Kerja Pemuda BN 2011.

Skim inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas, dan ia menyediakan pinjaman seratus peratus kepada golongan muda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Walau bagaimanapun, skim itu , dilihat tidak mampu membantu golongan muda membeli rumah yang agak selesa di bandar memandangkan harga rumah di k:awasan itu melebihi RM300,000.

Sehubungan itu Khairy berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan pinjaman itu memandangkan golongan muda lebih cenderung untuk membeli hartanah di bandar kerana kerancakan ekonomi banyak tertumpu di kawasan bandar.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai peratusan pendaftaran pengundi baru yang agak rendah bagi BN sepanjang 2010, Khairy berkata kelemahan dikesan pada segmen pendaftaran pengundi bukan Melayu.

“Kalau kita tengok dari segi pecahan, daya tarikan sesetengah parti komponen untuk menarik pengundi baru dari kaum mereka adalah kurang. Tetapi kita telah pun meminta rakan-rakan komponen agar menjalankan penstrukturan semula dalam jentera mereka dalam usaha meningkatkan bilangan pengundi baru,” katanya.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, hasil analisis pendaftaran pemilih menunjukkan BN sepanjang tahun lepas hanya mendaftarkan 17,181 pengundi atau 35.45 peratus, berbanding pakatan DAP, Pas dan PKR sebanyak 31,285 atau 64.55 peratus.

Khairy menegaskan BN akan sentiasa mengemaskini jenteranya dalam usaha mendapatkan pengundi baru bagi memastikan jurang nisbah di antara BN dan pembangkang dapat dikurangkan. - Bernama

SEDIKIT GAMBAR TSUNAMI JEPUN










Memo Editor Tsunami beri kesan kepada pekerja

ROMPIN - Kementerian Sumber Manusia masih menunggu laporan sejauh mana pelabur Jepun di negara ini mengalami kesan kerugian berikutan gempa bumi besar dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kesan bencana alam itu secara tidak langsung memberi impak kepada ekonomi pelabur atau syarikat Jepun di negara ini.

Menurutnya, sekiranya pelabur dan syarikat terbabit terjejas akibat bencana itu, pekerja tempatan yang berkhidmat dalam sektor tertentu di negara ini turut akan merasa tempiasnya.

“Jepun sebagai antara negara kuasa ekonomi dunia turut melabur di negara ini dan keadaan ini juga boleh menyebabkan rakyat tempatan yang bekerja di syarikat milik negara itu turut terkena tempiasnya,” katanya.

Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata, kebanyakan pelabur Jepun melabur dalam sektor perkilangan di negara ini.

Menurutnya, dalam menangani tempias krisis itu, kementeriannya telah merangka pelbagai strategi atau kaedah tertentu sekiranya krisis ekonomi melanda seperti dua tahun lalu.

“Maknanya kita di Malaysia perlu bersedia menerima kesan secara langsung dan tidak langsung susulan tragedi tsunami di Jepun kerana sebelum ini, kita juga pernah berhadapan dengan saat getir semasa krisis ekonomi melanda dunia," katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif yang disediakan kementerian termasuk membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas serta memberi latihan semula kepada pekerja terbabit.

“Bagaimanapun situasi yang berlaku itu perlu dikaji dengan lebih mendalam kerana impak ekonomi dunia boleh terjejas jika ekonomi Jepun lumpuh,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Skim Rumah Pertamaku rezeki terpijak generasi belia

Gambar Hiasan

JEMPOL 11 Mac - Golongan belia menyambut baik Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyifatkan ia sebagai 'rezeki terpijak'.

Nor Siti Hajar Othman, 25, berkata, langkah yang dibuat kerajaan ini merupakan satu nikmat buat generasi muda untuk mendiami rumah sendiri, tanpa perlu menyewa lagi.

''Bukan semua belia mampu memiliki rumah sendiri apatah lagi nilai hartanah semakin meningkat naik sejajar dengan pembangunan kawasan sekitar.

''Peluang baik yang dinyatakan Perdana Menteri itu, merupakan satu kejutan buat kami yang mengimpikan sebuah rumah milik sendiri, kini semakin menjadi kenyataan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, bagi pasangan muda yang bakal mendirikan rumah tangga pula, inilah saat paling manis buat mereka kerana dapat memiliki rumah sendiri.

''Jika mereka mahu berkahwin, dari awal lagi boleh merancang untuk membeli rumah. Tidak perlulah bersusah payah menyewa. Terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa memikirkan kebajikan generasi belia," katanya.

Sementara itu, Muhd. Izzat Mohd. Inda, 22, dari Felda Pasoh 2 dekat sini berkata, melalui skim ini mereka yang berpendapatan sederhana berpeluang tinggal di rumah sendiri.

''Pendekatan yang diambil oleh kerajaan ini serta formula yang bakal digunakan kelak hendaklah melihat kemampuan bayaran bulanan yang rendah supaya kami dapat melunaskannya tanpa sebarang masalah.

''Biarpun bilangan yang cuba mendapatkan rumah selepas ini dijangka bertambah, maka usaha di pihak pemaju juga hendaklah dipertingkatkan agar permintaan yang tinggi ini dapat dipenuhi," katanya.

Katanya, dia juga gembira kerana bayaran pendahuluan 10 peratus dilupuskan untuk memudahkan mereka memiliki rumah.

''Kadangkala dengan gaji yang rendah untuk mendapatkan 10 peratus dari nilai rumah berkenaan pun sukar untuk dipenuhi. Kami gembira kerana kerajaan membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi ini," katanya.

Norazuin Parmin, 25, pula menyifatkan pelaksanaan Skim Rumah Pertamaku ini telah menterjemahkan dengan baik gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

''Saya tidak sabar untuk memiliki rumah ini. Ini adalah hadiah paling bermakna diberikan kerajaan buat generasi muda.

''Jadi, saya berpendapat generasi muda perlulah meraih peluang ini sebaik mungkin demi masa hadapan yang lebih terjamin," jelasnya.

Sumber : Utusan Online



KURUS TANPA UBAT-UBATAN



walaupun aku ni tak gemuk tapi suka untuk aku kongsi dengan kawan-kawan, rodong-rodong, saing-saing, member-member tentang ilmu orang dulu-dulu (bukan ilmu hitam) yang boleh di ambil dan diguna pakai(ayat skima)... chek it out

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

PETUA KECANTIKAN WAJAH



PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...