Pelawat Blog

Aktiviti Di Tenang

Sehari Sebelum Program Rewang Rakyat


Ni Masa Mendapat lawatan Ahli Parlimen


Ni Sebab dah kepenatan kita orang lepak sambil makan kacang je malam ni


Eddy..Ustaz dan Rol.. yang dalam peringkat awal memulakan agenda penglipurlara akibat kebosanan menunggu agenda seterusnya


ha yang sebelah aku ni Bob bukan bobby ye... biro Kebersihan sejagat


Salah Satu Makanan Orang Sabah

Rakan-rakan yang dihormati.... aku minat nak tanye tahukah korang ape benda ni???
bahan makanan ni aku jumpa di Pasar Tawau Sabah..
aku di fahamkan dia adalah perut ikan oleh penjualnya...
mungkin pelampung yang ada dalam perut ikan tu kot...aku pun kurang pasti...

cara makan dia adalah goreng dan masak sup...

tu pun kalau tak salah aku la sebab aku tak lak salin cuma dengar dan tulis di sini ape yang aku ingat je...

ape2 pun ni adalah satu benda yang unik yang aku jumpa....



DUN Tenang



Aku terlibat.

Untuk pengatahuan aku bukanlah orang politik tapi NGO... tapi bila di suruh pergi ni aku pun risau ada, semangat ada... aku akan bertolak esok ke Tenang...

zassssss

PROGRAM SABAH FELDA SAHABAT 3, LAHAD DATU

Pada 6 hb Januari 2011 yang lepas aku telah berlepas ke Sabah bersama lebih 30 orang Krew.
perjalanan yang mengambil masa 2 jam 50 minit dengan pesawat dan 6 jam jalan darat itu bawa banyak cerita.

demi untuk Majlis Taklimat Penyusunan Semula Generasi Baru FELDA Di Bawah Model Baru Ekonomi, Sosial dan Pendidikan Untuk 20 tahun Akan Datang

sepanjang perjalanan tu sebenarnya aku lebih banyak tidor dari sedarkan diri....


Ni adalah gambar salah satu pasaraya di Lahad Datu





yang ni menarik kalau korang pandai teka lah ni kedai ape...hehehehe


Awek2 ni pula bukanlah melepak tetapi penjaja rokok... banyak di tepi2 jalan budak2 kecil pun menjual juga


salah satu malam yang ada konsert... yang tu sape tah tak berapa kenal artis tu



yang ni yang sedih bila nak balik sebab kene tinggalkan keluarga angkat.. aku disini dapat keluarga angkat bersama Fared PRO Raja Alias.. ni gambar nak balik dah ni.. sebab tugas banyak..banyak gamabr2 menarik aku tak sempat nak ambil...



Bagi cendera hati skit kepada Bapa angkat yang sudi terima kita orang


ni lah sebahagian keluarga disana


yang masa ni masa aku dan krew dah kembali ke Tawau untuk tunggu penerbangan puas pusing punya pusing so last tempat yang sejuk dan enak melepak adalah KFC


Ni pula gambar di Airport sebelum terbang sempat lagi wat kacau kat kedai cendera mata

so next planning dalam penyusunan dan perancangan untuk terbang semula ke sabah bulan 4 ni untuk ke Samporna..

insyaAllah

Sekitar Perjalanan Menjelajah Wilayah Mempaga

Sepanjang perjalanan mengharungi 5 daerah dan Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera untuk ke 36 Felda. Pelbagai peristiwa dan pemandangan telah di nikmati.

sebenarnya banyak lagi gambar aku masa memusing2 tu tapi yang ni dulu untuk setakat ini.

Mempaga adalah wilayah terbesar yang ada. aku mengambil masa lebih kurang 5 hari untuk memberi penerangan kepada orang tertentu dan mengambil maklumat di semua felda.


gambar ini di rakam di jalan merapoh-kuala lipis





ni member merangkap P.A dan Petunjuk Arah dan macam2 lagi lah dia.
dia yang bawak aku kemana aku nak pegi


perjalanan yang jauh memakan masa 4 hingga 5 jam satu perjalanan yang amat memenatkan


kretiviti penduduk kampung di daerah kuala lipis ini mencuri pandangan aku

Cerita Sebelum Program Kedah

Ha ... Sebelum cerita sebelum ini...sebenarnya aku telah pun sampai ke Kedah bersama rakan2 yang lain untuk perbincangan awal... perjalanan 2 hari satu malam untuk memcari pengukuhan untuk membuat program itu di sertai lebih kurang 10 orang.



Sampai sahaja di Kedah kitaorang semua menginap di T Hotel... sebab sampai pun dah lewat... keesokan paginya ..pada pagi2 morning lagi group dah bergerak ke FELDA Batu Lapan untuk beramah mesra dan sarapan pagi.



Ni Antara peneroka yang berjaya sebab ada 8 buah kenderaan dirumah dia...fuyooo.. Ape Rahsianya??? hehehehe



Setelah bersarapan kita orang bertolak pula ke tapak motocross FELDA Batu Lapan... ha yang bawah ni Hanip.. Bos Motocross... Hanip Motocross Kurang manis satu !!.



Ha ni lah dia litar motorcross FELDA Batu Lapan...



Dalam perjalanan itu aku sempat lah merakamkan beberapa keping gambar sawah yang cantik.. tenang hati....



Yang ni paling best tepi rumah ada sawah


dalam perjalan ke FELDA Lubok Merbau setelah selesai melawat litar motocross lami lalui mcm2 keadaan last2 dah nak dekat jumpalah mcm biasa...pokok getah... petanda awal kami semakin dekat dengan destinasi...



Walaupun jalan kecil dan mencabar... tapi kami tetap harungi...



Sekitar jam 5 ptg kita orang pun mulakan menyuarat bersama penduduk kampung FELDa Lubok Merbau... Kesepakatan yang di buat adalah program setuju di buat di sini...
Alhamdulillah.....



kepada semuanya yang terlibat secara langsung dan tidak dalam program ini...
tahniah dan terima kasih diucapkan.

PROGRAM KEDAH

Ni Nak aku kongsikan Program Kedah aku...
ha di bawah ni Ishak Dan Fared...
tah benda yang diorang merajuk aku pun tak tau..
masa ni kat R&R Rawang...
berenti "Rehat"



Masa perjalan ke kedah hujan dah la lebat sepanjang jalan dan jalan plak jem dan kemalangan banyak dan mcm2 dan dan kitaorang pun terpaksa bergerak sekitar 40-50 km/jam



sesampai je aku di kedah dengan rakan rakan ku sekitar jam 3 pagi terus ke Homestay di FELDA Lubok Merbau...
nilah muka baru sampai...



Ni plak "abah" sedang membeli pencil warna untuk persediaan program pada 2 dan 3 Disember 2010.. masa ni di pekan pendang



Ha yang ini PRO Jengka si Din... sibuk dengan bahagiannya ... bukan bahagian menampal tetapi keselamatan...



Masa program berlangsung mcm2 acara la dianjurkan termasuklah gubahan kain pelikat dan sireh junjung... ni lah antara gambar2 yang sempat aku rakamkan masa aktiviti...



antaa hasil kerja org Lubok Merbau



Yang ini pula pertandingan mewarna kanak-kanak...
daftar dik daftar.. hadiah kita kongsi berdua ye...



ha kalau tgk pertandingan mewarna ni hanya untuk kanak2 tetapi banyak juga kanak2 dewasa join untuk menemani kanak kanak.. ada juga meraka tanye takde ke kategori kanak-kanak dewasa... hehehehe tahun depan saya buat...
gurau je kak..makcik...jgn marah ye...



Mungkin ada juga yang menggunakan khidmat nasihat dari akak2 yang terut serta dalam pertandingan itu sebagai peneman asalnya hehehehhe



malam sebelum hari kemuncak 3hb Dis 2010.. ni gambar jam 3pagi lebih aku baru siap chek satu persatu ape benda yang tak cukup...
ha yang bersama aku tu hanip... the motocross man..
hehehe...



Timbalan pengarah program... Firdaus... Syabas program berakhir dengan sangat cemerlang



Masa di Kedah juga kitaorang ni di beri keluarga angkat... ha kira adik beradik angkat aku ni yang ada dalam gambar tu la...Aku,Din,Ishak,Fared,Hanip dan Eddy...



Dan sebelum balik fared dengan berbesar hati bagi cendera hati skit kat mak angkat kot2 leh jadi mak mertua..huhuhuhu



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...