Pelawat Blog

Dunia Baru............

Aku nak ceritakan tugas baru aku yang baru aku terima ,
jawatan ini membawa aku ke satu dunia baru yang nak aku kongsikan
yang mana mcm2 peristiwa telah terjadi
dimana tempat aku bertugas???
dan menjalankan tugasan baru??
portnya disini.....

Ini lah tempat baru aku...
Disebalik wajah ceria menjalan kan tugasan baru..dalam hati ketika aku baru sampai aku ada banyak masalah... masalah utama tempat tinggal sebab mang tak ready ape pun berhijrah
ini lah meja sementara aku... tempat dimana segala operasi bermula
perkara pertama yang aku fikirkan adalah tempat tidur aku dan ketika aku sampai aku tiada rumah...
so satu kenangan yang tak boleh aku lupakan aku terpaksa tinggal sementara waktu di sini....


disinilah tempat aku tidor..janji leh tidor


dan mcm nilah cara gosok baju ketika zaman darurat...


aku terpaksa tunggu sehingga lewat malam untuk membersihkan diri sebab nak kene tunggu orang habis kerja mengangkat barang..
bila dah selesai baru leh tidor dan seawal 6 pagi aku akan terjaga sebab lori hantar barang dah sampai..aku pun bersiap dan pergi opis..
satu kenangan yang tak boleh dilupakan..
sekarang dan ada rumah yag selesa dalam tempoh beberapa hari yang perlu aku harungi tu aku gamble je.
aku akan berada di sini untuk beberapa tempoh untuk ambil maklumat dan akan pulang untuk ke lapangan...
---------------------------------------------
Aku suka
----------------------------------------------




Ubah... Terubah...Berubah..Mengubah

aku nak merapu sebab bosan.....

Sakit Hati? Bengang? Bosan? Meluat? dan lain2 biasanya benda ni buat kita ubah dan berubah perkara biasa manjadi tak biasa dalam diri kita...

Membuatkan org pelik dan heran...terkejut dan tergamam dengan perkara yang tak pernah kita buat tetapi kita buat dek kerana pengaruh emosi...

ubah perkara yang tak baik kepada baik memang baik.. tetapi sebaliknya jika dari baik kepada tak baik... tapi yang tak baik tu perlu kadang2 untuk menunjukkan siapa kita dan untuk mempertahan kan diri..jadi ubah.. blablabla....bukan perkara tak baik.

perlu ke kita berubah... berubah hidup..cara...mahupun hati??..lu pk la sendiri... sebenarnya untuk apa sahaja demi kebaikan berubah itu perlu... tidak ada apa pun yang boleh mengubah andaa jika anda sendiri tak mau berubah dan tak menerima perubahan....

jadi... aku manusia dan perlukan juga perubahan... lepas 8 november banyak perubahan yang akan menimpa dan perubahan ini aku mohon diberkati tuhan.. banyak cerita dalam cerita yang nak diceritakan... banyak kisah dalam hidup aku telan...banyak mimpi dalam kala mata terbuka...menanti yang mustahil mencari harapan berlari kelangit..huh dah nanti lagi panjang aku lelalut...

the end.

sakit kepala+mereng+jiwa kacau

Lagu ....Best

Bengang..Bengang..Bengang

Al kisah.... Tersebutlah Alkisah....
huhu..
Bengang..Bengang...Bengang
adoi cerita kali ni tentang cerita sedih ...
bermula cerita pada awal tahun lepas adalah satu urusan business antara aku dan seorang mamat ni..
dan ringkas ceritanya dia dah gagal membayar RM6 ribu kepada aku..
(Hutang Le Ni)
sebab dia janji nak bayar seminggu selepas urus niaga tu last dia kawin
(paham-paham le kalau dah kawin habis le duit die tu)
so tak lah bayar seperti yang di janjikan..

Aku yang sememangnya baik hati ni bg dia tempoh kalau tak mampu bayar sekaligus bayar lah ansur2....

dan mamat kuat lipat ni pun masih tak bayar juga...
(Kalau Org Lain Ni Aku Rase Dah Kene 'Simpan' dah Mamat Ni)

sehingga bulan 8 bila aku pusing g rumah dia dia takde rumah dah berkunci...
(dah lain macam)
aku g tanyer budak2 lain semua kata dah tak nampak dia...
(aku dah mula bengang)
nak g rumah mak bapak dia
(tak sampai hati)
so aku g lah balai polis wat repot bawah jenayah perdangangan
(jalan terbaik yang aku tahu)

dia gagal dikesan...... sehingga lah pada hari semalam(sabtu 30 Oktober 2010)
aku terima panggilan dari kawan ku
kebetulan aku pada masa tu ada dirumah kenduri...
(tengah tunjuk rajin)
dia call dan cakap
"Abuya... Ni budak yang ko cari ni aku dah jumpa..dia ada kat............"
aku pun cakap
"ok,jap lagi aku sampai...pegang dia"
dengan lajunya(bagi aku la,padahal tak laju mane pun kereta aku tu) aku pergi ke lokasi

sesampai je aku tak nampak lagi muka suspek..
aku call member aku dulu
(dalam keadaan agak2 bersembunyi takut suspek lari bila nampak aku nanti)

dia pun kata
"aku kat sini"
elok je aku g aku nampak dia
wah darah dah memang menyirap...cari memang dah lama...info satu ape pun tak dia bagi tau..
Nah kau !!!!!!!
......................................................................




cerita pada hari sabtu tersebut tamat di Balai Polis Bandar 32 Bera.....
dan.
...............................
menjadi rahsia untuk cerita selanjutnya...



Pening Kepala........

Di Sebabkan...pada ari jumaat lepas aku ada tanye member
apakah sofware untuk buat program perisian...(maaf kalau tak tepat) so dengan selamber badaknya member aku cakap VB...ape tu VB... Visual Basic... so aku cari dan download dari Online program tersebut....

Apa bila dah download...bermulalah pembelajaran baru aku..
dan mulalah aku nak mereka benda yang patut aku reka..

so bila belajar sendiri faham-faham lah lambat skit.. aku jelajah sana jelajah sini..
dan dapat lah buat benda2 yang simple dari VB 2008 Express Edition ni..

Aku Mula nak cipta yang lagi power..
so aku cuba linkkan MS Access 2003 dengan VB 2008 ni
pada asasnya dah dapat tapi untuk aku detailkan lagi aku pening kepala sebab dulu tak pernah blajar komputer secara surius..

semuanya aku belajar sendiri..(Sijil Komputer pun tak pernah ada) hehehhe

so kepeningan aku ni sampai tahap gaban..
bila sampai ari ni aku gagal untuk taip coding kat VB (mane aku tau coding2 ni)
untuk linkkan Ms Access dgn VB 2008.

Puas jugak aku mereka sendiri coding tu tapi banyak silap... hehehehe..

tapi banyak aku belajar dari kesilapan tu..
nilah dia software VB 2008 Express Edition aku



sampai skang aku masih mencari guru yang baik untuk ajar aku sampai aku jadi expert guna VB ni... mane guru tu mana... harap mane2 kawan2 lama aku yang power2 dalam dunia komputer tu tolong lah ye...

hamba murid baru belajar...hehehehhe..
berehh

Episod 36 ( Episod Akhir) : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 36 ( Akhir ) : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 36

Lari untuk bertempur di lain waktu.

Hal ini diabadikan dalam bentuk peribahasa Cina: “Jika seluruhnya gagal, mundur”
Jika keadaannya jelas bahwa seluruh rancangan anda akan mengalami kegagalan, bermundurlah dan bentuk pasukan. Ketika pihak anda mengalami kekalahan hanya ada tiga pilihan: menyerah, berdamai, atau melarikan diri. Menyerah adalah kekalahan mutlak, berdamai adalah setengah kalah, tapi melarikan diri bukanlah sebuah kekalahan. Selama anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah kesempatan untuk menang!



Ini lah strategi terakhir dalam Seni Peperangan Sun Tzu..

Semoga Pembaca Mendapat Sedikit Ilmu Untuk Di Adaptasi
ke dalam dunia Business, Politik dan Di medan.

Oleh
Abuyakatang

Episod 35 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 35 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Kalah

Strategi 35

Ikat seluruh kapal musuh secara bersusun.
(Jangan pernah bergantung pada satu strategi.)

Dalam hal-hal penting, seseorang harus menggunakan beberapa strategi yang dijalankan secara serentak. Tetap berpegang pada rancangan berbeza-beza yang dijalankan pada sebuah skala besar; dengan cara ini, jika satu strategi gagal, anda masih memiliki beberapa strategi untuk tetap maju.



Sebagai jalan untuk anda memastikan tindakan anda terus berjaya.. jangan pernah berpegang kepada satu strategi sahaja dan mengharapkan penuh segalanya berjalan lancar.. anda harus mempunyai beberapa strategi lain untuk menjayakan objektif anda.. jika satunya gagal anda masih boleh menggunakan yang lain. gunakan beberapa strategi serentak untuk mencapai objektif dan menjayakan strategi seterusnya.

begitulah secara ringkanya

Oleh
Abuyakatang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...