Pelawat Blog

Episod 30 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 30 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi 30

Strategi Pendekatan

Jadikan tuan rumah dan tetamu bertukar tempat.

Kalahkan musuh dari dalam dengan menyusup ke dalam benteng lawan dengan muslihat kerjasama, penyerahan diri, atau perjanjian damai. Dengan cara ini anda akan menemukan kelemahan dan kemudian saat pasukan musuh sedang beristirahat, serang secara langsung ke kubu pertahanannya.



Strategi ini untuk anda berada bukan sahaja dekat dengan musuh tetapi berkerjasama dengan musuh untuk memusnahkan musuh secara langsung dari dalam.
berkawanlah dengan musuh, buatlah perjanjian, kerjasama dan pendamaian.
musuh juga dalam keadaan ini akan sentiasa berhati2 dengan tindak tanduk anda... yakini musuh dan ambil masa sehingga musuh betul2 percaya kepada anda. kumpulkan sebanyak mana maklumat tentang kekuatan dan sumber2 kekuatan musuh.
ketika musuh sedang leka dgn kepercayaan yang diberikan kepada anda. serang terus secara langsung terhadap kubu(kekuatan pertahanan) musuh. lemahkan stukturnya dan musnahkan segalanya kerana anda telah menguasai semua yang musuh ada.

begitulah secara ringkasnya

oleh
Abuyakatang

Episod 29 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 29 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Pendekatan

Strategi 29

Hias pohon dengan bunga palsu.

Menampalkan sutera di atas pohon memberikan sebuah gambaran bahwa pohon tersebut sehat. Dengan menggunakan muslihat dan penyamaran akan membuat sesuatu yang tidak bernilai tampak berharga; tak mengancam kelihatan berbahaya; bukan apa-apa kelihatan berguna.



Maknanya di sini adalah mewujudkan sebuah persekitaran yang mata musuh indah dan selamat.
segar dan tidak di usik, ini akan membuatkan musuh tertipu dan sekaligus menjerat musuh.
Musuh yang tahu diri yang berada dalam ancaman akan sentiasa berhati2 mencari sebaik-baik suasana untuknya. dan kita ciptakan suasana tersebut dan peluang tersebut untuk menjerat dan sekaligus memusnahkan musuh.

begitulah secara rinkasnya.

Oleh
Abuyakatang

Karnival Iktiraf MBFM Peringkat Wilayah Mempaga

Maaf lah sahabat-sahabat sebab lama tak berceloteh disini.... di harap semuanya berada dalam keadaan yang selesa hendaknya...hehehe macam tulis surat plak..

Mungkin untuk beberapa tempoh aku tak dapat menulis sebab sibuk sikit tentang Karnival yang akan di anjurkan. agak sibuk sebab aku di pertangungjawabkan dengan jawatan yang sibuk huhuhu..

apa2 pun aku dengan berbesar hati ingin menjemput rakan2 semua ke Karnival Iktiraf MBFM Peringkat Wilayah Mempaga yang akan di adakan di Padang Awam Felda Sebertak,Bera, Pahang. Pada 15-17 Okt 2010 ini..

berehhhh..........

Cicak Tokek

Ari ni aku nak carita tentang Cicak Tokek yang menjadi peliharaan dan buruan kerana harganya yang sangat tinggi... zassss layan..

Klasifikasi

Kerajaan : Animalia, Filum : Chordata, Kelas : Replitia, Ordo : Squamata, Opaordo : Sauria, Famili : Gekkonidae, Genus : Gekko, Spesies : G.gecko, Nama Binomial : Gekko Gecko

habitat Cicak Tokek
Haiwan ni kebiasaannya tinggal di pohon-pohon kayu, Lapisan kayu lama yang di tinggalkan, Stor rumah dan tempat-tempat gelap yang dingin. Tetapi Tokek lebih menyukai hujung-hujung kampung dan hutan. Tokek ni ada suara khas... gek-ko...gek-ko.. sebab tu namanya tokek atau ada juga orang panggil binatang ni Gekko.
Ciri-Ciri

Cicak ini mempunyai badan yang besar, kepada yang besar, hanpir setengah tekok adalah ekornya dan Dorsal (sisi punggung) yang kasar, Terdapat dalam pelbagai warna dan bintik.

Cara Menangkap Tokek

Tokek boleh ditangkap dengan menggunakan sarung tangan atau apa-apa jenis alat penangkapan yang menghalang sentuhan terus tangan keatas badan tokek. ini bulahkan kerana tokek beracun, tetapi untuk mengelakkan tangan anda di tokak ( gigit) hehe.. Jadi anda perlulah gunakan Sarung tangan. Seboleh-bolehnya jangan pegang tokek kerana perkara tersebut akan membuatkan Tokek Stress dan beratnya akan menurun. Cara lain mengangkap tokek adalah dengan menahan perangkap tikus di tempat-tempat yang strategik dimana bunyian tokek uang unik itu sering kedengaran.

Apakah Makanan Tokek

Tokek biasanya memakan pelbagai jenis serangga, ulat dan juga udang kering (alternatif). haiwan ini juga didapati kemakan burung, tikus kecil dan ada yang memakan sesama sendiri bg penjantan. Gigitan tokek sangat kuat kerana rahang tokek yang besar dari cicak biasa. Dia akan menyambar dan mengigit mangsanya sekuat-kuatnya dan akan melepaskannya sekiranya mangsanya diam.


Duit Syiling 50 Sen Tahun 1967

Ari ni aku nak cerita tentang duit.. misteri duit Syiling..hahahaha
hari ni hujan lebat dirumah aku... di atas sebab-sebab keboringan dan ketiadaan aktiviti yang boleh menghilangkan bosan jadi aku memunggah.

Punggah punya punggah jumpa tabung lama..
dalam tabung tu ada banyak duit syiling 50 sen. dengan penuh kerajinan aku pun susun duit tu ikut tahun.

dan aku menjumpai sesuatu yang istimewa..unik menarik...
Duit Syiling 50sen 1967 ada belahan di sebelah tepinya.
wow.. lama gile... aku terus g kat pc aku yang uzur ni dan mencari maklumat tentang duit yang agak lama ni... dalam pencarian itu aku dapatlah sedikit maklumat bahawa Duit 50sen tahun 1967 adalah duit keluaran pertama yang dikeluarkan sebanyak 15,000,000 keping oleh
Royal mint, UK. jenis Security Edge (berbelah di tepi).

ada dua keluaran untuk hatun ini iaitu Security Edge(berbelah di tepi) dan
Milled Edge ( berjalur ditepi).

Dalam susunan aku pula aku terperasan tiada keluaran duit syiling 50sen pada tahun 1970, 1972, 1974, 1975, 1976 dan 2006.

ini lah gambar 2 keping duit 50Sen keluaran pertama yang aku dapat dari 15,000,000 keluaran yang mungkin dah hilang kat tanah, terkambung, terhanyut disungai atau apa2 lah.




Jadi aku berniat untuk menyimpannya sahaja sebagai tanda sejarah keluaran duit syiling Malaysia..
huhuhuhu. best best.

Episod 28 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 28 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Pendekatan

Strategi 28

Robohkan jambatan ketika musuh telah sampai di atasnya.

Dengan umpan dan tipu muslihat perdayakan musuh anda ke dalam daerah berbahaya. Kemudian putuskan ruang komunikasi dan jalan untuk melarikan diri. Untuk menyelamatkan dirinya, dia harus bertarung dengan kekuatan anda dan sekaligus elemen alam.



Dengan menyusun beberapa strategi untuk mengumpan musuh anda ke satu situasi yang akan mengundang bahaya kepada mereka. Anda perlu pastikan bahawa gerakan musuh itu akan menguntngkan anda. Undang musuh ke satu situasi atau kawasan yang penuh bahaya. setelah mereka sampai.. putuskan semua perhubungan (pastikan anda arif terhadap situasi tersebut sebelum musuh sampai). hapuskan semua laluan atau situasi yang boleh menyelamatkan musuh. Anda boleh menyerang musuh dengan apa yang ada dan musuh akan melawan anda dalam keadaan yang bingung, terkejut, dan bukan hanya berlawan dengan anda tetapi juga bahaya semula jadi yang ada disekelilingnya.

begitulah secara ringkasnya
Oleh
Abuya Katang

Episod 27 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 27 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Pendekatan

Strategi 27

Berlagak cerdik.

Sembunyi di balik muka cerdik, mabuk, atau gila untuk menyebabkan kebingungan utk tujuan dan motif anda. Perangkap lawan anda ke dalam sikap meremehkan kemampuan anda sampai pada akhirnya terlalu yakin akan diri sendiri sehingga menurunkan tahap pertahanannya. Pada situasi ini anda dapat menyerangnya.



Berlakun, begitulah secara ringkasnya..
Berpura-puralah seperti anda seorang yang cerdik, bijak dan pandai.
berpura-puralah disebalik muka mabuk dan gila anda. supaya musuh pening dengan anda...apakah motif anda sebenarnya. kekalkan imej tersebut dan jerat lawan anda yang meremehkan kemampuan anda... setelah beberapa perkara anda dengan imej yang tetap begitu akan dapat meyakinkan pihak musuh bahawa anda sememangnya begitu. musuh yang pada awal akan memperkuatkan pertahanan menghadapai apakah helah anda akan menurunkan kadar pertahanannya terhadap anda apa bila betul-betul yakin dengan anda.
pertahanannya akan longggar. dan Anda boleh menyerang dan memusnahkan musuh.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...