Pelawat Blog

Episod 26 : Seni Perperangan Sun Tzu

Episod 26 : Seni Perperangan Sun Tzu

Strategi Pendekatan

Strategi 26

Lihat pada pohon murbei dan ganggu ulatnya.

Untuk mendisiplinkan, mengawal, dan mengingatkan suatu pihak yang status atau kedudukannya di luar pertemuan secara langsung; gunakan ejekan atau sindiran. Tanpa langsung menyebut nama, pihak yang tertuduh tidak akan dapat memukul balik tanpa ketahui pihak yang jelas.



Ini adalah strategi bagi mendisiplinkan, mengawal, dan mengingatkan mana-mana pihak tentang statusnya, kedudukannya atau tangungjawabnya tanpa bersemuka. Langkah ini boleh menggunakan sindiran atau ejekan untuk menyampaikan pesanan tersebut. Bagi menyempurnakan langkah ini tidak perlu pihak anda menyebut namanya dalam sindiran atau ejekan tersebut , ini kerana pihaknya akan tertanya-tanya kepada siapakan sebenarnya pesanan itu dan adakah untuk dia kerana sindiran atau ejekan itu tepat mengenainya. tertana juga dia dari siapakah pesanan itu datang. Jadi pihak tersebut akan sentiasa berhati-hati, berdisiplin dan menyedari tangungjawab tugas dan kedudukannya. Takut mungkin kerana ada pemerhati sekelilingnya.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

Episod 25 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 25 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Pendekatan

Strategy 25

Gantikan balak dengan kayu buruk.

Kacau formasi musuh, ganggu operasinya, ubah peraturan-peraturan yang digunakannya, buatlah sebuah hal yang berlawanan dengan latihan standardnya. Dengan cara ini anda telah meruntuhkan tiang-tiang penyokong yang diperlukankan oleh musuh dalam membangun pasukan yang kuat.



Strategi 25. Digunakan untuk melemahkan, mengubah kekuatan dan membuatkan musuh terlibat dengan perkara yang diluar kebiasaan latihannya. Semua yang biasa dilakukan tidak lagi boleh dilakukan dan segala rancangan , strategi dan latihan untuk menghadapi anda tidak lagi boleh digunakan kerana segalanya telah anda ubah. Musuh akan hilang kekuatan, goyah dan tidak tersusun seperti yang dirancang pada asalnya. Akan wujud banyak halangan-halangan baru untuk memperkuatkan pasukan musuh. Musuh anda perlukan masa untuk menyelesakannya dan keadaan ini akan mengoyahkan pasukan musuh anda.


begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

Episod 24 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 24: Seni peperangan Sun Tzu

Strategi Huru-Hara

Strategi 24

Cari laluan aman untuk menjajah Kerajaan Guo.

Pinjam kekuatan sekutu untuk menyerang musuh bersama. Sesudah musuh dikalahkan, gunakan kekuatan tersebut untuk menempatkan sekutu anda pada posisi pertama –untuk diserang-.



Sekutu adalah kekuatan anda, Dengan adanya sekutu ini anda bakal mempunyai teknologi, dan pelbagai tambahan kekuatan pada pasukan anda, Gunakan kekuatan yang ada pada sekutu anda untuk menyerang pasukan musuh. Dengan gabungan kekuatan sedia ada dan kekuatan baru musuh lebih mudah dikalahkan. Setelah Musuh dikalahkan, tempatkan sekutu anda dibarisan utama.

Begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

Episod 23 : Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 23: Seni peperangan Sun Tzu

Strategi Huru-Hara

Strategi 23

Berteman dengan negara jauh dan serang negara tetangga.

Lazimnya diketahui bahwa negara yang bersempadanan satu sama lain menjadi musuh, sementara negara yang terpisah jauh merupakan sekutu yang baik. Ketika anda adalah negara yang terkuat di sebuah wilayah, ancaman terbesar adalah dari negara kedua terkuat di wilayah tersebut, bukan dari yang terkuat di wilayah lain.



Apa juga keadaan, Politik, Perniagaan.. kedua-duanya mempunyai agenda masing-masing dan musuh masing-masing. Musuhnya adalah orang yang paling hanpir yang kuat pengaruhnya.
inilah persaingan. Biasanya jika anda atau perniagaan adalah orang paling kuat,berpengaruh dan anda sering gusar tentang kehebatan pencabar terdekat anda yang berada berhampiran anda untuk merebut apa yang anda ada. Mereka yang hebat ini bersekutu dengan mereka yang hebat diwilayah lain. Bukan dari tempat mereka sendiri. Gunakanlah kekuatan dan apa yang ada pada sekutu untuk menakluk pencabar itu.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

Episod 22: Seni Peperangan Sun Tzu

Episod 22: Seni peperangan Sun Tzu

Strategi Huru-Hara

Strategi 22

Tutup pintu untuk menangkap pencuri.

Jika anda memiliki kesempatan untuk menangkap seluruh musuh maka lakukanlah, sehingga dengan demikian pertempuran akan segera berakhir. Membiarkan musuh untuk lepas akan menanam bibit dari masalah baru. Akan tetapi jika mereka berhasil melarikan diri, berhati-hatilah dalam melakukan pengejaran.



Strategi ini menerangkan tentang jika kita ada kesempatan, ruang dan peluang untuk menguasai musuh secara total, maka laksanakanlah. ini akan memendekkan masa tawanan keatas musuh, menjimatkan masa dan jentera pentempuran dan mengurangkan kerugian keatas pasukan kita.
kemungkinan musuh akan menyerah kalah, pasukannya belot kepada anda atau dengan mudah akan anda musnahkan semuanya. Akan tetapi berhati-hatilah kerana musuh akan sedaya upaya berikhtiar untuk meloloskan diri. Jika itu terjadi kejar musuh jangan biar dia terlepas.

begitulah secra ringkasnya
oleh
Abuya Katang
Episod 21: Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Huru-Hara

Strategi 21

Lepaskan kulit serangga.

Ketika anda dalam keadaan terdesak, dan anda hanya memiliki kesempatan untuk melarikan diri dan harus membentuk pasukan, buatlah sebuah ilusi. Sementara perhatian musuh tertumpu atas muslihat yang anda lakukan, pindahkan pasukan anda secara rahasia di belakang muka anda yang terlihat.



Strategi ini adalah untuk menghuru harakan musuh dalam keadaan genting yang mana pada hakikatnya anda tiada kekuatan untuk melawannya dan hanya satu jalan yang ada..... melarikan diri dan bentuk pasukan dan buatlah satu ilusi ... musuh yang akan gusar dan mula percaya anda punya kekuatan lain (pasukan) sentiasa melihat muslihat anda. Pindahkan kekuatan dan keyakinan pasukan itu pada muka anda yang penuh yakin musuh akan dikalahkan.
Musuh akan kuatir akan perkara yang bakal berlaku bimbang akan diserang dan mula akan menyusun strategi keadaan huru hara akan timbul dan kelab kabut. Ini memudahkan anda membuat tindakan seterusnya menggunakan strategi Penyerangan yang telah di kupas atau strategi 36 (episod akhir 36).

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang
Episod 20: Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Huru-Hara

Strategi 20

Memancing di air keruh.

Sebelum menghadapi pasukan musuh, buatlah sebuah kekacauan untuk memperlemah pikiran dan pertimbangan mereka. Buatlah sesuatu yang tidak biasa, aneh, dan tak terpikirkan sehingga menimbulkan kecurigaan musuh dan mengacaukan pikirannya. Musuh yang bingung akan lebih mudah untuk diserang.



Strategi ini adalah strategi untuk membuatkan musuh bingung dan buntu memikirkan pihak kita, Apakah strategi kita sebenarnya?, Apakah tujuan kita melakukan perkara tersebut?, Kenapa kita memilih untuk melakukan perkara tersebut?, Apakah motif perkara tersebut dilakukan?, Apa yang kita nak buat sebenarnya?. Strategi ini akan menimbulkan pelbagai persoalan tentang kita pada pihak musuh dan membuatkan musuh letih memikirkannya. Ini kerana kita membuat satu perkara yang tidak biasa dilakukan pihak lain, pelik dan aneh, melakukan perkara-perkara yang tidak logik dan dilihat seperti sia-sia. Musuh yang curiga dan cuba meneka apa yang sebenarnya akan berlaku akan kebingungan , Dalam keadaan ini musuh lebih mudah diserang dan dihancurkan.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...