Pelawat Blog

Episod 19 : Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Huru-Hara

Strategi 19

Jauhkan kayu bakar dari tungku masak.

Ketika berhadapan dengan musuh yang sangat kuat untuk menghadapinya secara langsung anda harus melemahkannya dengan meruntuhkan formasinya dan menyerang sumber kekuatannya.



Untuk menghuru harakan pihak musuh. Musuh perlu berada jauh dari sumber kekuatannya, melemahkan dan menghancurkan stuktur dan organisasinya atau formasinya, keadaan ini boleh dibuat secara rahsia atau terang-terang keatas organisasi musuh. secara perlahan-lahan atau secara drastik ke atas musuh. Mempengaruh dan mengumpul pembelot-pembelot dari stuktur musuh. Membocorkan rahsia-rahsia penting musuh bagi membantu pihak kita. Setelah musuh lemah dan kehilangan kekuatan akibat belot dan dimusnahkan. Serang musuh habis-habisan.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang

Aura & Medan Elektromagnetik Tubuh Badan

Pembaca yang dikasihi apa khabar minggu ini? Saya yakin anda sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Hmm, kenapa agaknya anda bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta. Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal.

Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tidak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post blog yang berkongsi info tenang perkara tersebut. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura.

Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham :-) . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi?

Pembaca budiman, tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya.



Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet.




Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.





Kita selalu mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat




Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Seperti yang telah saya kongsikan di atas tadi, medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula dihujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia.



Contoh gambar aura yang diambil mengguna ‘Kirlin Photograph’.

Kelenjar pineal menjaga kekuatan semangat dan kekuatan keyakinan kepada manusia. Apabila kelenjar pineal ini lemah maka seseorang manusia itu akan menjadi lesu, tiada mood. Bayangkan apa akan terjadi pada individu yang lesu, lemah dan sentiasa tiada mood. Pastinya prestasi kerjanya akan terganggu dan dia tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan potensi dirinya.

Ok, sekarang kita lihat pula fungsi tulang sulbi. Tulang sulbi menjaga darah, otot, tulang, saraf, usus. Jika tenaga tulang sulbi ini lemah seseorang manusia itu akan mudah diserang penyakit yang berkaitan dengan darah, seperti darah tinggi, leukimia, kebas, cirit-birit, buasir, sembelit, kekejangan, hilang deria sentuh. Bila dilihat pada penyakit yang terhasil daripada kelemahan struktur tulang sulbi, secara automatik kita boleh mentafsirkan bahawa mereka ini adalah orang yang pastinya tergolong adlam kumpulan yang tidak produktif.

Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat.

Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat.

Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka.


dipetik dari http://www.evolusiminda.com
Episod 18: Strategi Peperangan Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 18

Kalahkan musuh dengan menangkap pemimpinnya.

Jika tentara musuh kuat tetapi dipimpin oleh komandan yang mengandalikan wang dan ancaman, maka tangkap pemimpinnya. Jika komandan mati atau tertangkap maka sisa pasukannya akan terpecah belah atau akan lari ke pihak anda. Akan tetapi jika pasukan terikat atas sebuah kesetiaan terhadap pimpinannya, maka berhati-hatilah, pasukan akan dapat melanjutkan perlawanan dengan semangat balas dendam.



Strategi ini memilih untuk menangkap pemimpin pihak musuh yang mempunyai kekuatan, mungkin kekuatan pengaruh dan mungkin unsur tidak baik yang pemimpin mereka ada. ketiadaan ancaman ini akan memecahkan tentera musuh kepada dua dan mungkin akan lari kepihak anda. Tetapi jika pemimpin tersebut mempunyai tentera yang sangat setia maka kita perlu berhati-hati kerana mungkin akan ada satu gerakan balas dendam. Menangkap dalam erti kata lain yang dimaksudkan dalam ayat diatas adalah menguasai pemimpin musuh.
mungkin dengan cara menjatuhkan imej, moral, menimbulkan konflik ,huru hara sesama mereka, provokasi dalaman, merisik dan membocorkan maklumat sehingga orang bawahan dan tenteranya sukar untuk menerimanya lagi sebagai pemimpin dan berpaling tadah.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang
Episod 17: Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 17

Melempar Batu Bata untuk mendapatkan Jed.

Persiapkan sebuah perangkap dan perdaya musuh anda dengan umpan. Dalam perang, umpan adalah ilusi atas sebuah kesempatan untuk memperoleh hasil. Dalam keseharian, umpan adalah ilusi atas kekayaan, kekuasaan, dan wanita.



Strategi ini menerangkan tentang satu langkah menjerat musuh dengan ilusi yang indah, perdaya musuh dengan kemewahan, kesenangan, wanita atau apa juga yang disukainya atau digilainya. perdaya mereka dan setelah diperdaya, serang musuh di dalam perangkap yang telah pihak anda rancang dengan rapi.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang



KLIK LINK DIBAWAH

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000823040209&v=app_9953271133#!/group.php?gid=149030115118357

Episod 16: Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerang

Strategi 16

Pada saat menangkap, lepaslah satu orang.


Mangsa yang terdesak biasanya akan menyerang secara membabi buta. Untuk mencegah hal ini, biarkan musuh percaya bahwa masih ada kesempatan untuk bebas. Hasrat mereka untuk menyerang akan hilang dengan keinginan untuk melarikan diri. Ketika pada akhirnya kebebasan yang mereka inginkan tersebut tak terbukti, moral musuh akan jatuh dan mereka akan menyerah tanpa perlawanan.



Strategi ini juga salah satu permainan spikologi yang mana pihak musuh sering terjerat,
berasa ada peluang untuk duduk dalam keadaan selesa ketika berada daam keadaan susah membuatkan seseorang itu berusaha kearah apa yang ada dihadapannya yang sangat hampir yang mungkin bakal mengubah nasibnya. Kesungguhan untuk lari dari keadaan rumit dan perit itu akan menghilangkan atau mengurangkan perasaan untuk menghadapi atau melawan keadaan yang rumit dan perit sedia ada. Tetapi keadaan yang disangka iindah itu hanyalah impian yang bakal melahirkan perasaan kecewa yang teramat sangat. kerana semuanya muslihat semata. Musuh akan kecewa dan ketika itu, moralnya akan jatuh dan fokusnya hilang. Dia tidak akan menyerang membuta tuli lagi. Dia akan menyerah kalah

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang


HARI RAYA AIDILFITRI 2010


(Pic Abuya dan Isteri tersayang di hari raya pertama, kek tu kek hari jadi isteri :-) )

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Alhamdulillah syukur diberi sekali lagi kesempatan untuk kita sama-sama menjalani ibadah di bulan Ramadhan dan diberikan sekali lagi peluang merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan...

Semoga kita dimurahkan rezeki dan diberikan lagi peluang bertemu Ramadhan dan Syawal akan datang..

InsyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...