Pelawat Blog

Episod 17: Seni Peperangan Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 17

Melempar Batu Bata untuk mendapatkan Jed.

Persiapkan sebuah perangkap dan perdaya musuh anda dengan umpan. Dalam perang, umpan adalah ilusi atas sebuah kesempatan untuk memperoleh hasil. Dalam keseharian, umpan adalah ilusi atas kekayaan, kekuasaan, dan wanita.



Strategi ini menerangkan tentang satu langkah menjerat musuh dengan ilusi yang indah, perdaya musuh dengan kemewahan, kesenangan, wanita atau apa juga yang disukainya atau digilainya. perdaya mereka dan setelah diperdaya, serang musuh di dalam perangkap yang telah pihak anda rancang dengan rapi.

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang



KLIK LINK DIBAWAH

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000823040209&v=app_9953271133#!/group.php?gid=149030115118357

Episod 16: Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerang

Strategi 16

Pada saat menangkap, lepaslah satu orang.


Mangsa yang terdesak biasanya akan menyerang secara membabi buta. Untuk mencegah hal ini, biarkan musuh percaya bahwa masih ada kesempatan untuk bebas. Hasrat mereka untuk menyerang akan hilang dengan keinginan untuk melarikan diri. Ketika pada akhirnya kebebasan yang mereka inginkan tersebut tak terbukti, moral musuh akan jatuh dan mereka akan menyerah tanpa perlawanan.



Strategi ini juga salah satu permainan spikologi yang mana pihak musuh sering terjerat,
berasa ada peluang untuk duduk dalam keadaan selesa ketika berada daam keadaan susah membuatkan seseorang itu berusaha kearah apa yang ada dihadapannya yang sangat hampir yang mungkin bakal mengubah nasibnya. Kesungguhan untuk lari dari keadaan rumit dan perit itu akan menghilangkan atau mengurangkan perasaan untuk menghadapi atau melawan keadaan yang rumit dan perit sedia ada. Tetapi keadaan yang disangka iindah itu hanyalah impian yang bakal melahirkan perasaan kecewa yang teramat sangat. kerana semuanya muslihat semata. Musuh akan kecewa dan ketika itu, moralnya akan jatuh dan fokusnya hilang. Dia tidak akan menyerang membuta tuli lagi. Dia akan menyerah kalah

begitulah secara ringkasnya
oleh
Abuya Katang


HARI RAYA AIDILFITRI 2010


(Pic Abuya dan Isteri tersayang di hari raya pertama, kek tu kek hari jadi isteri :-) )

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Alhamdulillah syukur diberi sekali lagi kesempatan untuk kita sama-sama menjalani ibadah di bulan Ramadhan dan diberikan sekali lagi peluang merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan...

Semoga kita dimurahkan rezeki dan diberikan lagi peluang bertemu Ramadhan dan Syawal akan datang..

InsyaAllah..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !



Hari ini seluruh rakyat Malaysia terus bersyukur menikmati kemerdekaan untuk tahun yang ke 53. Pelbagai cara dan peringkat merayakan hari ini penuh semangat patriotik. Dalam kemeriahan menyambur hari kemerdekaan negara pada hari ini, pelbagai masalah membabitkan semangat patriotik dapat kita lihat. Semangat keamat ini mula hilang dan pudar dari diri generasi baru yang sibuk mengejar kesenangan hidup.

Beberapa perkara perlu di bimbangi dan dibincangkan untuk menyemarakkan kembali semangat ini dalam diri semua.

Apakah erti kemerdekaan itu tidak dapat difahami atau dihayati oleh golongan baru ini, atau mungkin sifat tidak ambil kesah itu beraja dihati mereka ?

Mungkin lebih tepat mereka berada di keadaan yang amat selesa bagi mereka sekarang.

Bangkitlah.. sama-sama kita kekalkan kemerdekaan ini dengan apa cara sekali pun, jangan kita berpecah, jangan kita salah langkah, jangan kita menjulang yang salah.

Walau apa pun caranya untuk kita kekal kan kemerdekaan ini.
Semoga ianya adalah cara yang terbaik.

BANGKIT !!! BANGKIT !!! BANGKIT !!!

Lagu Warisan:

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama kita,
Cinta lenyap di arus Zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ketangan yang lain,
Pribumi merintis sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di Nusantara.

Episod 15 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 15

Memancing harimau untuk meninggalkan sarangnya.

Jangan pernah menyerang secara langsung musuh yang memiliki keunggulan sebab posisinya yang baik. Pancing mereka untuk meninggalkan sarangnya sehingga mereka akan terjauh dari sumber kekuatannya.



Strategi ini mengajak musuh mengejar kita dengan keadaan yang marah dan bersungguh-sungguh... jangan sesekali menyerang musuh yang memiliki kekuatan sebab kedudukan dan keadaannya yang baik. Dalam keadaan itu musuh kan meninggalkan segala yang ada untuk mendapatkan kita tanpa dia sedar pergerakannya itu hanyalah mengundang bahaya kerana dia akan kehilangan kekuatan sokongan. Dalam lemah tersebut musuh lebih mudah diserang dan diancam.. Musnahkan musuh selepas hilangkan kekuatannya.

begitulah Secara Ringkasnya

Abuya Katang

Episod 14: 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 14

Menghidupkan kembali orang mati.

Ambil sebuah idea, teknologi, atau sebuah teknik yang telah dilupakan atau tidak digunakan lagi dan gunakan untuk kepentingan diri sendiri. Hidupkan kembali sesuatu dari masa lalu dengan memberinya tujuan baru atau terjemahkan kembali, dan bawa idea-idea lama, kebiasaan, dan tradisi ke kehidupan sehari-hari.



menggunakan semula strategi-strategi lama yang telah dilupakan dan tidak di ambil pusing kerana mungkin telah kuno dan ketinggalan zaman.. beri nafas baru kepada teknologi dan strategi ini untuk kegunaan sendiri... secara kebiasaannya tidak akan kita menyerang muruh menggunakan strategi sebegini kerana musuh sudah dapat menjangkanya..tetapi adakah kita pernah terfikir bahawa musuh akan sentiasa memikirkan apakah strategi terbaru kita dan tidak pernah terfikir kita akan gunakan strategi 100 tahun yang lalu..

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...