Pelawat Blog

Episod 13: 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Penyerangan

Strategi 13

Kejutkan ular dengan memukul rumput di sekitarnya.

Ketika anda tidak mengetahui muslihat lawan secara jelas, serang dan pelajari reaksi lawan. Perilakunya akan membongkar strateginya.



Strategi ini memerlukan anda 'berlakun' untuk membaca taktik dan strategi musuh, gaya musuh berfikir dan ilmu yang musuh ada pada asasnya... dalam ketiadaan apa-apa klu untuk membaca pihak lawan.. kita perlu mencungkilnya dan untuk mendapat hasil yangbaik adalah memprovokasi pihak lawan supaya bertindak balas dan strategi hebat akan dapat kita susun sesudah itu....

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang
Episod 12 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Menang

Strategi 12

Mencuri kambing sepanjang perjalanan.

Sementara tetap berpegang pada rencana, anda harus cukup fleksibel untuk mengambil keuntungan dari tiap kesempatan yang ada sekecil apapun.




Berpegang kepada objektif utama seperti yang dirancang, dan dalam masa yang sama jika terdapat peluang dan apa-apa keuntungan dari pihak musuh walau sekecil mana pun.. adalah baik untuk kita cukup fleksible dan capat menyesuaikan diri untuk mengaut semuanya yang ada... selagi dia tidak menjejaskan matlamat asal... ini mungkin sedikit sebanyak akan melemahkan stuktur musuh dalam diam.. dan memudahkan musuh tersungkur..

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang
Episod ke 11 : 36 Strategi Sun Tzu

Startegi Menang

Strategi 11

Mengorbankan perak untuk mempertahankan emas.

Ada suatu keadaan dimana anda harus mengorbankan tujuan jangka pendek untuk mendapatkan tujuan jangka panjang. Ini adalah strategi kambing hitam dimana seseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.




Langkah ini adalah satu langkah yang memerlukan kita mengorbankan faedah jangka pendek untuk mendapat faedah yang lebih hebat dalam jangka masa panjang, setiap apa yang kita nikmati kini mungkin perlu kita korbankan untuk mengubahnya. mungkin dengan melupakan apa objektif kita dalam jangka masa pendek itu akan mengaburi pihak musuh dan memberi kita lebih kekuatan untuk mendapat lebih dari kebiasaan..

begitulah secara ringkasnya

abuya katang

Episod 10 : 36 Strategi Sun Tzu

Episod 10 : 36 Strategi Sun Tzu



Strategi Menang



Strategi 10



Pisau tersarung dalam senyuman.



Puji dan ampu musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda bergerak melawannya secara rahasia.


Strategi ini paling banyak digunakan oleh orang politik untuk "membunuh" dan mengelak dari "dibunuh"... sesuai juga untuk perniagaan dan peperangan terancang..musuh diperlakukan seperti sahabat baik dan sangat rapat.. sehingga anda menjadi orang yang dia sangat percaya dan ketika ini seranglah dia dengan rahsia kerana segalanya telah ada pada genggaman anda.. musuh bakal menjadi celaru dan tidak menyangka org kepercayaannya memusnahkannya dari dalam.

Begitulah secara ringkasnya

oleh Abuya Katang



Episod 9 : 36 Strategi Sun Tzu

Episod 9 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Menang

Strategi 9

Pantau api yang terbakar sepanjang sungai.

Tunda untuk memasuki wilayah pertempuran sampai seluruh pihak yang bertikai mengalami kelelahan akibat pertempuran yang terjadi antara mereka. Kemudian seranglah dengan kekuatan penuh dan habiskan.




Menggunakan beberapa jenis propaganda untuk tujuan provokasi musuh dan setelah itu menunda serangan seperti apa yang telah di sebarkan... masukkan maklumat-maklumat yang mengelirukan tentang tarikh masa serangan... biarkan musuh bertikai sesama sendiri tentang masa pentempuran dan strategi serta persediaan dan ketika mereka sibuk merencana dan kelelahan serang mereka dan habiskan

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang

Episod 8 : 36 Strategi Sun Tzu


Episod 8 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Menang

Strategi 8

Perbaiki jalan utama untuk mengambil jalan lain.

Serang musuh dengan dua kekuatan utama.. Yang pertama adalah serangan langsung, sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuh mempersiapkan pertahanannya. Yang kedua secara tidak langsung, sebuah serangan yang menakutkan, musuh tidak mengira dan membagi kekuatannya sehingga pada saat-saat terakhir mengalami kebingungan dan kekalahan.



Seperti serampang dua mata... serangan dua buat dari dua arah.. arah pertama adalah yang jelas dan sememangnya diketahui oleh pihak musuh.... jadi segala persediaan telah dibuat untuk menghadapinya habis-habisan oleh pihak musuh... arah kedua datang dari arah berlainan kala musuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menghadapi arah pertama... dan apa bila berlaku musuh menjadi berpecah dan hilang strategynya..dalam keadaan kebinggungan dan kekurangan persediaan menghadapi serangan dari arah kedua... musuh lebih mudah di kalah kan ..

begitulah secara ringkasnya

Abuya Katang

Episod 7 : 36 Strategi Sun Tzu

Episod 7 : 36 Strategi Sun Tzu

Strategi Menang

Strategi 7
Buatlah sesuatu untuk hal kosong.

Anda menggunakan tipu daya yang sama dua kali. Setelah bereaksi terhadap tipuan pertama dan biasanya- kedua, musuh akan ragu-ragu untuk bereaksi pada tipuan yang ketiga. Oleh karenanya, tipuan ketiga adalah serangan sebenarnya untuk menangkap musuh saat pertahanannya lemah.




Strategi ini menjerat musuh dengan apa yang dia sendiri andaikan....jika telah tertipu 2 kali..untuk tindakan ketiga kali dari kita ia akan melahirkan seribu andaian dari pihak musuh...
sama ada tindakan seupa untuk ketiga kalinya atau tindakan sebaliknya...
tetapi keadaan ini tetap akan menggugat dan memecah belahkan tindakan susulan atau persediaan musuh menghadapi kita.... dan melemahkan kekuatan musuh sedia ada...

begitulah secara ringkasnya

abuyakatang


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...